Tuesday 30 August 2011

Ucapan dari hati..^^


Salam aidilfitri~
Dikesempatan ruang dan waktu ini,
saya ingin mengucapkan...
Selamat hari raya maaf zahir dan batin..^^
khususnya buat sahabat-sahabat yang berada diperantauan,
Amira Afina, Hanisah, Atikah, Siti, Hanan
dan sahabat-sahabat seperjuangan,
Anis Sakinah, Soleha, Fatimah, K.umi dan ramai lagi(maaflah,ramai sangat, tak tersebut, he..)
Semoga hari raya ini dilimpahi dengan berkah,
dan semoga kalian sentiasa diiringi rahmatNya..Amiin..^_^
Rindu saat manis mmeperjuangkan agamaNya bersama..~
Moga terus thabat..

Friday 26 August 2011

BENCI IKUT SUKA??

Siapa kata Islam tak benarkan kita membenci?? Kalau tak, takkan Allah anugerahkan kita perasaan benci. Ada betul? 


Tapi  janganlah benci secara meng'itik' buta. Benci sebab kawan tak tunggu nak pergi kelas sama-sama, benci sebab best friend lupa hari lahir, benci sebab pensyarah marah kita..atoyai..kalau gitu tak terkiralah berapa titik hitam dalam hati, tu belum campur dosa lain lagi..parah~


Kalau nak benci biarlah pada situasi dan perkara yang memang patut dibenci. Benci sebab kawan tak tutup aurat(bukan benci orangnya), benci nak buat maksiat, benci kekejaman Israel di Palestin(ha ni memang patutla kan..)




Sebab benci pada perkara-perkara remehlah kita tak nampak ada super perkara yang patut kita bagi attention lebih..aduh, penyakit..penyakit..


Benci dan cinta mestilah disandarkan kerana Allah..barulah namanya 'di tempat yang betul'.


Tapi jangan sekadar benci, perlu disertai dengan tindakan. Tindakan? ya! Tindakan untuk membantu mereka kembali semula. Islam kan besaudara..Takkan kau sorang je nak dapat masuk syurga..


p/s : peringatan untuk diri sendiri dan sesiapa yang nak beringat..

Tuesday 23 August 2011

Haram is haram ok...



Arrggh~~ susah nak terima. Pekebenda ni? meroyan apa? mesti anda semua sedang buat muka pelikkan? K, di sini, saya nak share satu 'ceritaku' dengan anda. Sudi-sudikan la yerk..

Saya tak minat nak layan drama petang-petang ni..bukan apa, waktu tak sesuai..org yang nak solat maghrib pun leh hold on jap..adush~! parah..Oh, ni cerita lain.. Cerita sebenarnya..Family suka tonton drama petang yang terbaru ni..not bad..banyak pengajaran.(kadang-kadang tengok gak..ngeh~).

Ada satu part yang tiba-tiba buat saya tertarik nak join family..scene seorang lelaki ni nak salam dengan heroin.Heroin tolak dengan cara baik(sebab diorang bukan muhrim la..).Wah..excited habis saya..tak sangka ada juga cerita yang mendukung syariat..

Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Tup tup..dalam episod yang lain, heroin ni ada salam seorang laki yang kononnya adik tiri dia yang dah bertahun tak jumpa. "Rilekla..kan adik tiri tu.."(tarik nafas jap). Oh, adik tiri...masalahnya, luar penggambaran pun adik tiri jugak ke?"Ala..salam je kot..". Sedara, perkara yang haram is always haram.Titik.

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sekiranya kepala salah seorang daripada kamu ditusuk dengan jarum besi, itu adalah lebih baik bagi kamu daripada kamu menyentuh wanita yang tidak halal bagi kamu.
(Hadis riwayat At-Thabrani. Dinilai sahih oleh al-Mundziri, al-Haitsami).

Teringat kata-kata ustaz semasa saya masih di menengah atas, "jangan loyar buruk dengan Allah, nanti di akhirat Allah akan loyar buruk dengan kamu."

p/s: Kagum dengan hamba Allah yang mampu berkata "Aku tak takut dengan sesiapa dan apa pun..Aku hanya takut Allah.." dan betul-betul memaknainya. Ya Allah, pinjamkan aku kekuatan itu...

Sunday 21 August 2011

Kpop, Mpop dan peranan daie



Salam Ramadhan 'kecederaan' untuk muslimin dan muslimat yang disayangi lillahi ta'ala, inshaAllah~^^



Saya rasa terpanggil untuk berkongsi pendapat mengenai perkembangan atau mungkin lebih tepat lagi 'virus' Korean pop(kpop) di negara kita. Sebelum ni, saya ada juga menyentuh isu ini tapi tidaklah sampai ke 'dalam'. Sekadar di tubir sahaja. 

Walaupun dah jadi semacam wabak hingga muncul pula Malaysian pop(Mpop), saya kira, masih ramai lagi yang tidak menyedari akan isu ini. Ok, bagi yang masih tak tahu, saya akan ceritakan sikit apa benda Mpop or Kpop ni..

Kpop adalah singkatan muzik popular pop Korea atau merupakan satu genre muzik yang terdiri daripada elektronik, hip hop, pop, rock, R & B dan muzik-muzik yang berasal dari Korea Selatan. Selain muzik, K-pop telah berkembang menjadi satu cabang kebudayaan yang popular dikalangan remaja dan orang dewasa muda di seluruh dunia, menyebabkan minat yang meluas dalam fesyen dan gaya penyanyi kumpulan Korea. (sumber - wikipedia)

Mpop(Malaysian pop) pula ialah sekumpulan rakyat Malaysia yang nak tiru hampir 100% fesyen dan gaya penyanyi dari Korea Selatan dengan cara menubuhkan kumpulan-kumpulan nyanyian sendiri. (sumber- saya sendiri). Kalau salah tolong betulkan yer..

Tujuan saya membincangkan perkara ni bukan nak cakap isu artis tanah air tak ada identiti yang sibuk dibincangkan di blog-blog dan mulut-mulut penggemar kpop. Tapi isu perang pemikiran (ghazwul fikr). Selalunya, kita akan kata 'budaya barat merosakkan akhlak'...Tapi kali ini, rasanya kita perlu tukar kepada' budaya korea merosakkan akhlak' pula kot..

Apa taknya, fesyen dan gaya penyanyi-penyanyi dari korea ini saling tak tumpah dengan artis- artis barat. Memakai skirt mini yang menampakkan peha, baju sarung nangka yang menampakkan belahan dada, malah ada kumpulan penyanyi korea yang membawa mesej freemason @ iluminati!

Rasulullah melarang keras umat Islam meniru orang kafir.

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Umar, Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda :
sesiapa yang meniru(menyerupai) seperti mereka(orang-orang bukan Islam) sehingga ia mati, maka ia telah termasuk dalam golongan(mereka sehingga ke akhirat).


Pada pendapat saya, setiap orang terutamanya mereka yang bergelar daie perlu lebih cakna akan masalah ini dalam meluruskan akidah saudara sesama Islam. Ini adalah tanggungjawab. Jangan dibiarkan parah hingga menjadi kudis kepada imej agama Islam.



Tidak salah memahami dan mempelajari bahasa dan budaya mereka, tetapi silap jika kita meniru gaya dan fesyen mereka apatah lagi mereka bukan seakidah dengan kita. Drama-drama mereka pun, saya rasa better tak payah tonton kerana ada beberapa perkara yang bahkan tak sesuai dengan ciri ketimuran kita.


Tayyib, last but not least, selamat menggandakan ibadah di bulan Ramadhan ini kerana Ramadhan akan datang belum pasti sempat sign attendance..Salam Ramadhan~ ^^

Monday 15 August 2011

Api dunia dan akhirat

Salam untuk semua~=)


Hari ini dah pun mencecah 15 Ramadhan. Separuh Ramadhan akan kita tempuhi dan separuh lagi telah berlalu meninggalkan kita. Bagaimana? sudahkah pembaca mengecapi nikmat Ramadhan? Tahniah bagi yang sudah, dan bagi yang masih tercari- cari, teruskan usaha anda mencari manisan yang tidak akan anda peroleh di bulan-bulan lain. Mungkin link ini boleh membantu...^_^



Tujuan utama saya sebenarnya nak bercerita sambil berkongsi...cerita lagi...hehe...nak buat macam mana, saya memang suka bercerita..^_*


Petang semalam, saya dengan parents bakar pokok-pokok pisang kitorang yang dah layu..(lepas tebang) kat belakang rumah. Api marak dengan cepat sebab abah cucuh api pada getah basikal yang dah lama tak guna sebelum diselitkan ke dalam timbunan sampah.


Saya berlari-lari anak menjauhkan diri daripada bahang api yang mula menyentuh kulit. Tiba-tiba kaki saya berhenti melangkah. Jantung saya berdegup sedikit pantas. Saya tenung api itu lama-lama. 'Inikah sepihan api di neraka yang pernah Rasulullah ceritakan? Inikah juga api yang telah disejukkan 70 kali dalam 70 air sungai di syurga ?' gulp! Saya telan liur.


Kalau macam tu, api neraka pastilah berkali-kali ganda panas! Spontan segala dosa yang pernah saya lakukan tidak kiralah besar ke kecil, terbayang bagai menari-nari dihadapan mata saya. Allah...Astaghfirullah..






Sesungguhnya Allah itu al-Ghafir(maha pengampun)...tapi harus diingat bahawa Allah juga a'zaabun aliim(maha pedih siksaaNya)..


..اللهم أجرنا من النار
Ya Allah, jauhkanlah kami dari api neraka

Thursday 11 August 2011

Belajar daripada apa yang kita lihat

Salam menempuhi fasa rahmat untuk anda yang bergelar muslim~^_^

Sekarang ni saya tengah cuti sem dan merupakan tempoh yang paling menakutkan. Why? (tarik nafas jap..)  sebab masa nilah iman betul-betul teruji...kat rumah ni banyak godaan, tak macam di kampus...kawan ada boleh mengingatkan...waktu pun pack, takdela peluang nak buat benda lagha...iman senipis kulit bawang yang dihiris lagi tujuh, macam ni lah...Allah~



Tapi hikmah disebaliknya mengingatkan agar saya bersyukur dengan keberadaan saya sekarang. Err..faham ke? maksudnya, bila dah kat rumah, rasa tak sabar nak balik kampus, bila kat kampus, teringat-ingat pula kat rumah. Hikmah yang saya maksudkan, I know my mom better...and I learn a lot from her...dan saya rasa  gelaran 'supermak'(drama aksi tv3) lebih sesuai diberikan kepada orang yang macam mak saya...She is the real iron lady...working non stop till night, separuh hari kat luar sebagai guru tadika( penat wo layan budak kecik..) and the rest kat rumah as housewife, menjahit, hantar dan ambil adik pergi sekolah, tuisyen, ..wow! Itupun saya dah tolong. Kalau saya kat kampus, ummi(mak saya) buat kerja sorang-sorang...haish..penatnya..Abah pula kerja dari pagi sampai petang.. 'parents' memang amazing kan?(emotional sekejap)

Wednesday 3 August 2011

Jangan Sombong Bodoh Tau..

Salam bulan ibadah buat semua pemilik mata yang sedang membaca~^_^


Hari ini saya ingin berkongsi rasa dengan anda semua..Mind to give your attention...he~
Saya selau dinasihati ummi(ibu saya) untuk be'mukim' di dapur setiap kali masak. Takut saya lupa dan 'bisa jadi hangus masakannya'.(pernah jadi pun..)ngeh~ Well, saya ni bukan jenis makhluk yang suka duduk diam. Saya rasa, tunggu ikan goreng masak, nasi masak, or apa-apa je yang kena tunggu are really wasting my time... Paling tidak pun, must do something dalam waktu interval tu. So, saya refuse dan siap bagi explanation panjang lebar. Tapi sebenarnya alasan tu semua tak concrete..Last-last ummi saya yang take over..sebab akhirnya saya pasti lupa yang saya ni tengah masak. Kalau ingat pun, sebab ummi yang ingatkan..ekeke..


Setiap kali nak masak, setiap kali tu jugalah ummi saya akan cakap macam tu. Saya pulak,tetep berdegil tak nak ikut cakap ummi..Untill one day, saya bermonolog sendiri, " why not saya bersabar sikit dan dengar cakap ummi?" Lagipun, memang saya buat silap setiap kali masak. So, saya pun tekad nak fokus betul-betul time memasak.I wouldn't leave..yeah,sure! Akhirnya, saya dapat masak dengan sempurna tanpa ada makanan yang 'terlalu masak' a.k.a hangus, heheh..


Big clap for me!! ngee~

Walaupun nampak macam masuk bakul angkat sendiri, ia adalah stu motivasi untuk saya supaya teruskan usaha untuk bersabar,yeah! gambatte!!
Dan yang paling best,'TERNYATA IA MEMBAHAGIAKAN~'wee~
sebab?
FIRST, saya dengar nasihat ummi,
SECOND, saya dapat mendidik diri untuk bersabar.
THIRD, saya dapat pecahkan 'kedegilan' saya ni.
So guys, moral of the story  ialah, jangan jadi sombong bodoh macam saya ni.
Ambil setiap nasihat or teguran daripada orang lain untuk cermin diri sendiri.
Selamat mencuba!(^ ^)~


Monday 1 August 2011

Wah, Ramadhan!!

Salam Ramadhan buat semua pembaca..^_^

Alhamdulillah..syukur kerana masih lagi diberi nafas untuk menghirup udara Ramadhan yang penuh dengan nikmat dan barakah..



Moga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang lepas-lepas, amiin..


Petang tadi, saya dan famili layan ceramah di radio ikim..
Ada satu kata-kata ustaz yang menarik perhatian saya..
Saya tak berapa ingat. tapi lebih kurang macam ni la..
"Bulan Ramadhan digambarkan mempunyai pahala yang bertaburan disekeliling kita, tinggal kita nak petik ataupun tidak, itu semua terpulang pada diri masing-masing.."
Ha, masa ni la nak buat amal banyak-banyak..
Bukan bermaksud waktu selain Ramadhan tak boleh,
Tapi bulan Ramadhan ni, pahalanya berlipat kali ganda..
wooo~ siape tak rebut memang rugi la...
So, let fight to be better! ^_^

Salam Ramadhan buat semua!!(^_^)~