Sunday 18 September 2011

Nota ringkas dari jiwa



Salam taufiq dan hidayah kepada sohibul ain yang datang menyinggah..


Kehidupan adalah anugerah yang diberi oleh Sang Khaliq kepada kita. Sekaligus menjadi amanah pada kita dalam mengemudinya. " Hidup ni susahlah, baik aku mati je lagi bagus!" Saya pernah mendengar kata-kata ini. Kecewa sungguh hati saya mendengar kalimah yang saya kira tidak layak untuk dituturkan dari mulut seorang manusia. Hatinya tidak dibuka untuk melihat nikmat Allah yang tak tersebut oleh lidah dan tak terkira dengan jari. Hanya kerana susah yang sedikit, hatinya telah ditutup untuk melihat 'senang' yang banyak.


'Kita hidup sebagaimana kita melihat hidup'. Saya percaya, ramai pakar motivasi yang menyarankan agar kita sentiasa 'positive thinking'. Itu juga adalah salah satu cara melihat hidup. Positive thinking dengan Allah, manusia dan apa sahaja disekeliling kita. Hati akan bahagia kerana jauh dari prasangka.


Jika kita melihat hidup hanya memberi masalah setiap masa, maka itulah yang akan kita dapatkan. Ia samalah seperti bersangka buruk kepada Allah kerana segala hal yang berlaku di setiap detik adalah dalam kawalan dan pengetahuanNya. Maka kita harus belajar untuk melihat hidup dari sisi positive. Agar kebahagiaan datang  menghuni hati dan menyingkir resah yang lama bersarang, inshaAllah..^^


letakkan Allah dalam hatimu selamanya..





Tuesday 6 September 2011

Al-Fatihah buat Allahyarham Noramfaizul



Salam Syawal dan alhamdulillah atas nikmat iman dan Islam..


Kematian dan kelahiran silih berganti. Di sini, ada yang telah pergi menemui ilahi. Di sana, ada ibu yang sedang melahirkan bayi. Begitulah peristiwa yang berlaku saban hari.


Baru -baru ini, kematian Allahyarham Noramfaizul meruntun jiwa ramai rakyat Malaysia. Saya tidak terkecuali. Bukan kerana beliau seorang wartawan yang hebat, tetapi kerana husnul khatimah yang diperoleh beliau.




A TRUE PROFESSIONAL: A photo of  Noramfaizul taken earlier in the morning by a fellow media and blogger, Bani Amin Ahmad Zabidi (Jinggo) a few hours before he was shot. — Bernama photo
sumber : theborneopost.com

Beliau meningal kerana memperjuangkan nasib saudara seagama yang tak terbela hidupnya.Bukankah itu baik? Ramai mengatakan beliau syahid.Wallahua'lam.Yang nyata, kebaikan mengiringi penghujung sisa hidup beliau. 


Saya lalu terfikir, adakah kematian saya nanti di atas jalan kebaikan? Banyak tanggungjawab yang masih tergantung. First and foremost, tanggungjawab sebagai seorang muslim kepada muslim yang lain. Amar ma'ruf nahi munkar(menyuruh kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran).


Dakwah itu adalah wajib bagi setiap yang bergelar muslim, seperti mana yang telah saya pelajari dalam kitab Musbah Al-Munir di universiti. Dan sejauh mana telah saya laksanakan? Meremang bulu roma setiap kali nak muhasabah macam ni. Hakikatnya saya masih di takuk yang lama..Allah..


Umat Islam semakin bertambah di setiap pelosok negara terutamanya di Eropah (sumber : buku Akhirnya Kutemui Cintamu). Ini adalah bukti bahawa tanpa kita, Allah boleh saja menghendaki Islam pada jiwa setiap manusia. Tetapi Allah telah menjadikan sebahagian, ujian kepada sebahagian yang lain. Ya, Allah menjadikan orang-orang kafir itu ujian bagi kita, orang-orang Islam, sebagai bukti kecintaan kita kepadaNya. Bagaimana kesungguhan kita untuk mengajak mereka mengenaliNya dan menjadi hambaNya yang selayak-layaknya dipanggil hamba.


Hakikatnya, kita terlalu lalai di ambang kehancuran dunia!


Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya, sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya.