Monday 27 February 2012

1 KISAH 1 GURU






Melihat telatah kanak-kanak di Taska Iman, menguak tabir kenangan sewaktu saya sekecil mereka. Satu-persatu peristiwa tergambar di kepala mebuatkan saya sekejap tersengih, sekejap berkerut hingga sampai menekup muka apabila teringat perkara yang  memalukan diri. 


Menjadi kanak-kanak adalah proses wajib untuk membesar. Melihat telatah mereka menjadikan kita belajar sesuatu yang berharga sebagai penguat cerucuk kehidupan.


Hakikatnya, setiap yang berlaku disekeliling kita adalah guru masa depan..^^



#KISAH 1

Kanak-kanak. Insan kecil yang baru mahu atau mungkin terpaksa mahu mengenal dunia. Mana tahu buruk baik melainkan setelah merasa sendiri kesannya. Biar nanti tahu beza intan dan kaca.


Ezrique, si comel berumur 1 tahun menggawang-gawangkan tangannya untuk mencapai cawan di tangan saya  berisi air choco malt yang masih panas. 


"haip, panaslah sayang.." saya memberi amaran sambil menarik cawan itu jauh darinya.


"aaaa!!!..." jerit Ezrique tanda tidak mengerti kata-kata saya dengan tangannya masih seperti tadi.


"Bagilah dia rasa." ujar kak Syahira, penjaga Taska Iman di situ. Seorang yang sangat lebut dan penuh dengan   sifat keibuan.


"Isy,kan panas ni kak?.." saya mencerlangkan mata.


"Meh sini cawan tu" balas kak Syahira sambil tangannya mengambil cawan tersebut dari tangan saya.


Saya melihat kak Syahira tanpa berkelip. Asap dari cawan tersebut masih kelihatan.


Kak Syahira mengambil tangan kiri Ezrique dan meletakkannya di dinding luar cawan dan terus menariknya semula.


Saya lihat si comel itu terdiam. Tangannya kanannya memegang erat tangan kirinya rapat ke dada. Matanya mengarah tepat ke cawan tersebut.


Kak Syahira cuba melakukan sekali lagi.


Tapi sebelum sempat kak Syahira memegang tangannya, si comel itu terlebih dulu menarik tangannya dan memalingkan mukanya tanda tidak mahu.


''hikhik.." saya ketawa kecil


Kak Syahira hanya tersenyum sambil melihat si kecil Ezrique sedang membelek-belek kereta mainan yang ada di situ.


"aik, cepat betul perhatian dia ke lain" kata saya dengan ketawa yang masih bersisa.


'pelajaran baru buat si comel yang sedang membesar' bisik hati saya.







#KISAH 2


Malam itu saya dan keluarga ke kenduri arwah jiran. Kerana dekat, kami hanya berjalan kaki. Saya lihat ramai remaja lelaki yang datang. Memenuhi ruang jalan sambil berborak sesama mereka. Sesekali terdengar ketawa mereka seakan dunia 'aku yang punya'. Sesak nafas saya dibuatnya terutama apabila terpaksa melepasi mereka. 


Di dalam rumah, saya mengambil tempat disebelah seorang kanak-kanak comel yang berwajah polos. Manis bertudung fesyen Arini. Tangannya erat memegang baju ibunya. Takut terpisah barangkali.


Bacaan yasin dimulai. Berjemaah. Masing-masing memberikan tumpuan kepada bacaan. Saya gunakan waktu ini untuk mengingat semula  surah ya sin yang pernah saya hafal sewaktu di sekolah menengah.


Sambil membaca, pandangan saya berlegar-legar melihat mak cik-mak cik di situ yang khusyuk mengalunkan bacaan surah ya sin sambil menggerakkan badan ke depan dan belakang. Banyak kesalahan tajwid di sana-sini. Hmm..


Mata saya tertumpu pula kepada kanak-kanak comel tadi. Berbaring di atas peha ibunya dengan mata yang kuyu. Kakinya bergerak-gerak hingga terangkat kain baju kurungnya sehingga ke betis. 


Ibunya menarik kain tersebut menutupi keseluruhan kaki.


Saya tersenyum. Ibu yang baik. Mengajar anaknya berpakaian sopan menutup aurat dan bertudung litup sedari kecil.


'Semoga  kau membesar menjadi anak yang solehah sebagaimana yang dicorakkan ibumu'. Doa saya di dalam hati.







#KISAH 3

"Ain, cepat kemas..kejap lagi kan nak balik asrama." saya mengingatkan adik yang masih berbaring di atas katil.


"Kejaplah.." jawabnya acuh tak acuh.


Tak lama kemudian, ummi masuk. Melihatkan keadaan adik saya yang masih tak mengemas apa-apa, ummi mula bersuara. Panjang seakan tak bertemu noktahnya.


Akhirnya adik saya bangun dan mula mengemas dengan muka yang masam mencuka.


"Setiap kali Ain nak balik asrama semula, ummi mesti berleter marah-marah kat Ain macam ni.." luah adik saya setelah ummi saya berlalu pergi.


"Kan memang Ain yang silap. Kalau Ain dengar cakap kakngah tadi, tak lah kena marah kan?" Saya cuba mengingatkan. "Lagipun Ain, kalau dulu masa Ain kecik-kecik ummi boleh tahan telinga dengar Ain nangis tak kira siang malam, pukul 2, 3 pagi, why not Ain tahan sekejap je dengar ummi berleter. Sekurang-kurangnya, leteran ummi tu ada nasihat, bukan kosong.." ujar saya panjang lebar menambah leteran ummi tadi. huhu..


"hehe.. I like your post!" balas adik saya sambil tersengih. 


Saya hanya tersenyum lebar dan berlalu keluar dari bilik.


Friday 17 February 2012

Jalinan cinta teman

Assalamualaikum dan salam satu ummah..

Moga Allah sudi memberikan hidayahNya di sini untuk anda..^^


'Berkawan biar seribu'. Saya sangat 'allergik' dengan perkataan ini. Pada saya, buat apa ramai kawan tapi menyakitkan jiwa? Saya tak pernah ambil port langsung pasal friendship. Sebab saya rasa they all penipu. Berkawan kerana nakkan sesuatu. Yup, I can see through thier eyes and they did it to me!


Saya tak mengerti hakikat penciptaan manusia yang masing-masing mempunyai kebaikan dan keburukan.
Saya sangat berkira, kalau saya tak buat awak macam tu, then awak jangan buat saya macam tu. Bila ada je sahabat yang tersakitkan hati saya, hati ni hancur habis. Why? cause I never did it to you! It not fair! haha! demand betul! Lepas tu start la sesi bermasam muka which is I started it first..hihi..


Well, itu dulu..sebelum otak saya dicuci kaw kaw punya! heh!


Semasa di menengah atas, Allah beri saya peluang berkenalan dan bersahabat dengan manusia-manusia yang akhlaknya hebat-hebat belaka. Serious! saya selalu tanya diri sendiri. 'Am I dreaming?' SubhanAllah...itulah saat saya rasa seolah-olah dunia ini adalah taman-taman syurga. Indah belaka!


Sepanjang kami bersahabat, saya tak sempat rasa susah. Kerana kesusahan itu telah terlebih dulu mereka ganti dengan kesenangan. Saya tak pernah rasa sendiri kerana mereka pasti di sisi setiap kali saya menghadapi jalan-jalan hidup yang sukar. Mereka jugalah yang berusaha keras mencari penyelesaian dan tak senang duduk selagi tak jumpa solusi untuk setiap permasalahan saya.The're just amazing!





Mereka lebih banyak memberi dari menerima dan meminta. Mereka mengajar saya erti kejujuran dan kepecayaan. Pengertian yang saya kira tak pernah wujud dalam dunia ni. Mereka mengajar saya hampir kesemua perkara tentang kehidupan. Sungguh, mereka terlalu baik! Saya tercari-cari punca mereka memiliki akhlak sebegitu. Rupanya kerana mereka sandarkan segalanya pada Allah..Pergantungan mereka kepada Allah sangat mantap! Hanya kerana itu...


Sejak itulah, saya mula mempercayai persahabatan dan memahami erti sahabat dengan sesungguhnya.
Terima kasih Allah atas nikmat yang kau berikan...Alhamdulillah...alhamdulillah...


Kini mereka sedang bertebaran mengembara ilmu di bumi tuhan. Juga dalam pelayaran meyebarkan cinta tuhan ke dalam hati setiap insan yang mendambakan redhaNya...Moga kalian terus thabat dan kuat..


Aku juga bersama kalian, masih mencari erti dan cuba memberi erti pada yang belum mengerti. Jazakumullahu khairan kathiran kuucapkan kepada kalian kerana telah mengajarku erti persahabatan yang sesungguhnya sekaligus memahamkan aku erti hidup bertuhan..






Walau kita berjauhan,
aku takkan khuatir jika tiada lagi pertemuan,
kerana hati kita telah diikat tuhan,
untuk saling menyayangi dan memberi harapan,
demi kebahagiaan yang tiada bandingan,
dalam jannah tuhan..
InsyaAllah..


*kerana kerinduan yang teramat sangat pada kalian, aku coretkan rasa hati dalam jalinan cinta teman ini.
Moga rahmat Allah sentiasa memayungi kalian. Amiin...