Menyusuri
laluan tarbiyah, menambah gula dalam senyuman, mengetat saraf-saraf yang
longgar, menambah wangi harum mawar, memberi rasa pada yang hambar, mengertikan
hidup pada maksudnya yang sebenar. Sungguh, tarbiyah mampu mencantikkan warna
yang sedia terlukis di kanvas pudar.
Kesyukuran
dipanjatkan kepada Muni’m yang maha agung atas nikmat-Nya yang tak terlakarkan.
Alhamdulillah…
Sejurus
nikmat yang diberi, selaut kata syukur yang katanya dari hati, anehnya
menenggelamkan dirinya pada dasar statik seolah memungkiri kalamnya sendiri.
‘Aku seorang
daie’. Begitu katanya. Tapi tak pernah mahu mengoreksi diri. Melihat kekurangan
disana- sini, lalu memintal kesimpulan atas alasan suka memerhati. Akhirnya
keburukan insan lain nampak terang di mata, kepunyaan sendiri tersembunyi jauh
disebalik awan.
Benar, itu
hanya amrun picisan yang bukan keutamaan dalam dakwah mengejar redha tuhan.
Tapi ia masih satu kepentingan kerana akhlak merupakan tunjang kekuatan.
‘Aku seorang
daie’. Begitu laungannya. Penuh semangat derap langkahnya. Memasang tekad
mengumpul jiwa-jiwa muda. Sentiasa maju dengan sinar matanya.
Tapi sayang,
kesabarannya tak semaju langkahannya. Marahnya umpama api yang menyambar. Prasangkanya
membiak tanpa had. Hingga akhirnya ukhuwwah terlerai dari ikatan. Padahal
ukhuwwah itulah yang menjamin kekuatan dalam setiap langkahan dakwahnya.
Setiap
muslim yang mengucap syahadah adalah seorang daie. Maka kita berkewajipan untuk
menjaga akhlak biar dilihat seindah pelangi.
Allahummaghfirlana~~