Tuesday 7 June 2011

Berprasangka biar pada tempatnya..=)


Kisah ini memberi seribu pengajaran buat diri saya dalam memahami makna 'berprasangka'. Kisahnya bermula apabila seorang kakak senior mengajak saya untuk memakmurkan majlis ilmu di sebuah masjid berdekatan.Saya sangat teruja kerana berada di dalam majlis ilmu ibarat berada di taman syurga.Di situ saya temui ketenangan dan kepuasan dalam pengisian penceramah yaang sarat dengan ilmu dan hikmah. Saya teringin untuk mengajak sahabat saya pergi bersama, untuk merasai apa yang telah saya rasakan.Dengan penuh perasaan yang berkobar-kobar, saya melangkah laju ke bilik sahabat. Setelah mengetuk pintu dan memberi salam, saya membuka pintu bilik dan melihat sahabat saya sedang asyik menulis sesuatu.Di situ saya mula berprasangka,'hmm..Ziha tengah buat kerjalah, mesti dia busy habis..tak payahlah ajak dia..'.Hati saya berbisik sendiri. Saya segera bersiap untuk ke majlis ilmu tersebut.Kakak senior saya sudah pun menunggu di dalam kereta di hadapan blok kediaman saya.Setelah masuk di dalam kereta, kakak senior saya memandang saya dan bertanya,"seorang sahaja?".Saya mengangkat kening dan berkata,"Ya, saya seorang sahaja.Kenapa kak?  "hmm..buat baik sorang-sorang je?" sinis suara kakak  senior saya.            "Ziha tak dapat pergi, dia busy.." saya menjawab dengan yakin.


        "mana awak tahu dia tak dapat pergi?"

        "kalau orang busy, mesti dia tak nak diganggu kak.."


Kakak senior saya tersenyum dan berkata,"tak baik berprasangka,seeloknya, cuba tanya dia dulu..".Saya mengerutkan dahi." Saya takut dia marah sebab ganggu dia."."Ha, tengok tu,berprasangka lagi.." Kakak senior membuntangkan matanya ke arah saya sambil tersenyum.Saya hanya tersengih menampakkan gigi taring.Menyerah."Cuba call". Kakak senior masih mahu Ziha diberi peluang.Teragak-agak saya menekan punat-punat nombor di telefon bimbit.Sesekali kepala saya menoleh ke arah kakak senior meminta kepastian.Kakak senior saya hanya mengangguk sambil tersenyum..      "Hello..".Kedengaran suara Ziha di corong telefon


     " Assalamualaikum, Ziha, saya ni,Sarah.. err..kalau  saya ajak awak pergi
       satu  tempat, nak tak?"
                             
     "pergi mana?"


     " majlis ilmu, di..."


     belum sempat saya menghabiskan kata-kata, Ziha memotong,"eh, nak!
     nak! nak sangat! dah lama saya tak pergi majlis ilmu ni.Rindulah..'


     "oklah, kalau macam tu, awak bersiap sekarang, saya tunggu depan blok."


     " ok, 10 minute!" Klik.telefon dimatikan.


      Saya memandang kakak senior dan tersenyum,Dia membalas dengan mengangkat ibu jarinya."Jangan banyak berprasangka untuk mengajak orang melakukan kebaikan." Nasihatnya lagi.


      Peristiwa ini mengajar saya untuk sentiasa berfikiran positif pada setiap perkara.Alhamdulillah.. semuanya berjalan dengan lancar dan sayarasa lebih tenang dan damai. 
                         

2 comments:

  1. salam ukht? kisah benar kan? p program pe? x ajak akak pom?

    ooo.. buat baik sowg2 ek..

    ReplyDelete
  2. Haha..bukan dkt sini la kak..mse kat kolej dlu..akak ne ader..haish..

    ReplyDelete