Sunday 10 February 2013

Make it a good heart



Sepurnama lebih menyepi tanpa tanda. Uhh… zalim pada diri sendiri. Pernah juga curi-curi masa nak update, malangnya idea kering tak terisi. Sudahnya, blog harapan ni terhias dengan sawang-sawang tak berpenghuni. Lama-lama, jadi unroutine dan terus lupa. Ayoyo~


Lepas kena desak banyak kali, barulah terkapai-kapai capai laptop, tekan butang on, cucuk modem, then klik apa yang patut. Kelemahan is the thing yang memang ‘wajib’ diperbaiki. Kata nak jadi better person ya tak?


Kalau ikutkan hati, banyak je benda, peristiwa dan cerita yang nak dikongsi. Well… this time I choose.. ..err.. tak tau nak kategorikan apa. But that ok, asalkan dapat pengajaran, okkeh? =)

Suatu hari, ummi(mak saya) ber’story-telling’ dengan abah saya.

“hari tu kan, Sal pergi situ…bla..bla..lepastu, bla..bla..”

“hmm.. dah lebih 7 kali ummi cerita pada abah ”,  saya menyampuk.

Tetibe abah bersuara, “mana ada, abah baru first time dengar”,

Saya terdiam. Ummi buat tak tau dan terus sambung cerita. Haha.. the sweetness of my father appear again. Dan satu kutukan wajar untuk saya.


Dalam apa jua perhubungan, walau kita tak ‘sweet’, at least make your smile as sweet as a candy. Kebaikan tu memang perlukan kepura-puraan, but don’t worry.. syaitan still hate it..^_~


p/s: Buat sahabat fillah sekalian, maaf untuk semua kecemberutan wajah yang pernah dibuat.. benaran nih..


Sunday 8 July 2012

Egois Seorang Daie.




Menyusuri laluan tarbiyah, menambah gula dalam senyuman, mengetat saraf-saraf yang longgar, menambah wangi harum mawar, memberi rasa pada yang hambar, mengertikan hidup pada maksudnya yang sebenar. Sungguh, tarbiyah mampu mencantikkan warna yang sedia terlukis di kanvas pudar.

Kesyukuran dipanjatkan kepada Muni’m yang maha agung atas nikmat-Nya yang tak terlakarkan. Alhamdulillah…

Sejurus nikmat yang diberi, selaut kata syukur yang katanya dari hati, anehnya menenggelamkan dirinya pada dasar statik seolah memungkiri kalamnya sendiri.

‘Aku seorang daie’. Begitu katanya. Tapi tak pernah mahu mengoreksi diri. Melihat kekurangan disana- sini, lalu memintal kesimpulan atas alasan suka memerhati. Akhirnya keburukan insan lain nampak terang di mata, kepunyaan sendiri tersembunyi jauh disebalik awan.

Benar, itu hanya amrun picisan yang bukan keutamaan dalam dakwah mengejar redha tuhan. Tapi ia masih satu kepentingan kerana akhlak merupakan tunjang kekuatan.

‘Aku seorang daie’. Begitu laungannya. Penuh semangat derap langkahnya. Memasang tekad mengumpul jiwa-jiwa muda. Sentiasa maju dengan sinar matanya.

Tapi sayang, kesabarannya tak semaju langkahannya. Marahnya umpama api yang menyambar. Prasangkanya membiak tanpa had. Hingga akhirnya ukhuwwah terlerai dari ikatan. Padahal ukhuwwah itulah yang menjamin kekuatan dalam setiap langkahan dakwahnya.

Setiap muslim yang mengucap syahadah adalah seorang daie. Maka kita berkewajipan untuk menjaga akhlak biar dilihat seindah pelangi.

Allahummaghfirlana~~

Friday 13 April 2012

Kecil boleh takluk besar? How come??




“Bagaimana jumlah Yahudi yang kecil tu boleh menguasai dunia?” Tanya pensyarah saya, Ustaz Soleh Fikri dengan loghat Indonesianya yang agak pekat.


Masing-masing diam tak punya idea. Atau lebih tepat malas nak generate idea. Sekadar mendengar dan ternganga.


Melihatkan pelajarnya yang diam sahaja, Ustaz Soleh menyambung sambil tersenyum “sebab mujahadah mereka kuat.”


Tanpa sedar dahi saya berkerut. Kemudian barulah saya mengangguk-angguk tanda setuju dengan apa yang diperkatakan Ustaz Soleh.


Sekali dengar macam tak sesuai pulak perkataan mujahadah tu digunakan untuk makhluk dari kaum yang bernama Y.A.H.U.D.I. Tapi bila fikir balik betul juga.


“Israel adalah suatu kaum yang paling kuat mujahadahnya. Kerana itu mereka mampu menakluk dunia yang dihuni oleh sebahagian besar umat Islam”  sambung ustaz Soleh.


Saya mendengar dengan penuh minat. Isu ini menjentik minda dan mata saya yang hampir layu sebentar tadi. Ah, air-cond di bilik kuliah memang menguji saya!


“ Kalau anda mahu berjaya, la budda an yakuuna mithlahum(anda mesti menjadi seperti mereka). Saya tahu, bukan sikap mereka yang ustaz maksudkan. Tetapi mujahadah mereka yang perlu dicontohi dan diaplikasi.


Tiba-tiba Ustaz senyap. Seorang pelajar yang duduk di barisan hadapan menghulurkan attendant list kepadanya. Ustaz membelek setiap helaian.


“Kehadiran penuh, tapi kenapa pelajar sikit?” Tanya ustaz sambil matanya melilau ke arah pelajar-pelajar.


“Kadang-kadang pelajar ni datang untuk tandatangan je, lepas tu terus keluar. Itu tanda mujahadah tak cukup kuat.” Kata ustaz disambut ketawa pelajar.


Teringat saya kata-kata Prof. Alinor, “masalah pelajar kita adalah takut untuk belajar perkara yang susah.” Itu pula tanda tak nak mujahadah ustaz..hehe..


Saya sedar, hidup ni, nak tak nak memang kita kena sentiasa bermujahadah. Memang sakit. Bila berjaya melepasinya, subhanAllah..manis je rasa..


Masakan tidak, berjaya melawan nafsu sendiri yang diceritakan sifatnya sangat angkuh adalah suatu kejayaan besar yang sangat perlu disyukuri.





Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke 9 Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan nafsu.


Maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : 

"Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri.


Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."


Setelah itu, Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :

"Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah
aku dan Engkau adalah Engkau."


Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan, maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?".

Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, "Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."


See… how sombong the nafsu is?


Sebab tu mereka yang dapat menundukkan nafsu adalah dikalangan mereka-mereka yang hebat. Sebab nak jadi hebat perlu mengorbankan macam-macam kesenangan. 



 So, wanna be a great person atau lebih tepat lagi muslim?




Mujahadahlah~ ~ ~



Sekian, salam kemuliaan Islam dalam ukhuwwah cinta lillah...

Saturday 17 March 2012

salah jalan??!!


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh waridhwaanuh...^^

Alhamdulillah, ada gak masa nak update walaupun curi-curi..hehe..





First of all, nak tanya satu soalan pada kalian. Pernah salah jalan tak?


 Kenapa saya tanya camtu? sebab saya baru je rasa pengalaman tu..^^ Dan bukan salah jalan di atas jalan raya, tapi di dalam hutan! scary woo~


Seriously satu pengalaman yang memang tak leh lupa sepanjang hidup.


Nak dijadikan cerita, saya jadi fasi untuk satu program di D'agroloka, Jelebu. Bertolak dari kediaman saya di Nilai around four, naik KTM then ada kawan ambil dekat Seremban. Sejak dari rumah, tak tau kenapa hati ni dup dap je...Malas nak fikir buruk, saya abaikan je.


Start bertolak ke Jelebu dalam pukul 6 dan makan masa hampir dua jam nak ke sana.


Singgah solat maghrib di surau perkampungan apa tah(lupa) dekat Jelebu. Belakangnya kubur, sempatlah muhasabah tentang kematian jap. Seronok. Sebab kawasan kampung dan rasa sejuk je..


Lepas solat, kami sambung perjalanan. Tak berapa lama lepas tu, kami nampak signboard bertulis D'AGROLOKA dan anak panah ke kiri. Kami pun dengan yakinnya masuklah jalan tersebut.


Sepanjang jalan, sebelah kanan kami hutan dan disebelah kiri taman perumahan. Hinggalah sampai di penghujung jalan, ada dua tiang seakan pintu gerbang yang mana kat dalamnya gelap yang amat.


Kami berhenti. Kak Adah yang memandu kereta yang kami naiki diterjah keraguan. Kami pun begitu.


"Isy, peliknya jalan dia. Betul ke ni kak?" tanya saya dengan muka  cuak yang di control.


"Betul la ni. Nama pun kem. Mestilah jalan dia pun adventure cam ni" jawab Kak Adah dengan penuh yakin
.

Mariam di belakang senyap sahaja. Tergamam barangkali. Heh!


Kak Adah menukar gear, bersedia untuk naik.


Minyak ditekan. Semasa melalui jalan tersebut, kereta yang kami naiki seperti ditengah laut. Terolang-oleng ke kiri dan kanan diikuti bunyi di bawah kereta yang sngat kuat.


"Ya Allah! teruknya jalan.." keluh saya. Mana taknya, kalau ikut hemat saya, jalan tu hanya boleh dilalui kereta-kereta seperti Hylux dan pacuan empat roda sahaja. Bayangkan kami pakai kereta waja!


Kami masih meneruskan perjalanan  walaupun gelap dengan ihsan lampu kereta kak Adah.


Sampai di suatu persimpangan jalan, kak Adah menelefon seorang lagi fasilitator untuk bertanyakan arah. Kami diberitahu untuk belok kiri.


Dengan perasaan yang masih ragu-ragu dan agak kebingungan, kami pun meneruskan perjalanan.


Tiba-tiba, kami nampak cahaya dalam bangunan seakan asrama. Kami ingat dah nak sampai, rupanya, jalan tu tak menuju ke asrama tu pun dan asrama tersebut dikelilingi pagar. That mean we all di luar pagar dan tak sampai lagi. Allahurabbi..


Dipendekkan cerita, kami sampai di atas bukit and found out that there are no more jalan! Sah! Kami sesat.


Kami terpaksa undur kebelakang dan apa yang paling mencemaskan, kereta kami stuck.Tak boleh gerak. Sudah....


Saya dan Mariam beri semangat pada Kak Adah untuk try lagi press minyak tu sekuat hati. Alhamdulillah, setelah beberapa kali percubaan, kereta waja kami bergerak.


Kak Adah undur lagi ke belakang.


Tiba-tiba...dumm!!


Satu bunyi yang kuat datang dari arah kiri memeranjatkan kami.


Innalillah...rupanya side mirror kiri kereta patah terkena batang pokok getah.


Kami beristighfar.


"Aina, awak dengan Mariam keluar boleh, tengokkan jalan ni?" tanya Kak Adah


"Keluar?" ujar saya dengan nada suara yang jelas kebimbangan.


"Mariam, macam mana? Nak keluar?"tanya saya berdebar-debar.


"Keluarlah kot" jawab Mariam.


Saya kuatkan hati. Saya cuba tenangkan diri. Saya kata dalam hati, 'Aina, nothing to be scared of la..Kan pokok ni Allah punya, kegelapan malam, binatang dan segala yang ada di bumi ni Dia punya. Bergantung harap saja pada dia supaya dia lindungi kau dan sahabat-sahabatmu'. Kata-kata tersebut memberi kekuatan kepada saya.

 Akhirnya kami berdua keluar ditemani lampu dari handset Mariam. Saya tahu, Mariam dan Kak Adah juga sedang menyerah pada tuhan.


"Ok, ok..kiri sikit..kanan..kanan..ooppp!! ok, kebelakang ckit!" suara saya dan Mariam membelah sunyi malam.


Alhamdulillah, kami berjaya turun dari bukit. Kak Adah memutar stereng dan kami akan melalui lagi jalan yang sama untuk patah balik.


Sekali lagi bunyi yang kuat  dari bawah kereta mengganggu perjalanan dek struktur jalan yang sangat menguji minda dan jiwa.


"Ni pintu gerbang tadikan!?" kata saya separuh menjerit. Rasa lega sangat masa tu.


"Alhamdulillah ya Allah..."Kami sama-sama mengucapkan syukur.


Kenangan yang paling indah dalam hidup saya. Satu pengalaman yang cukup manis untuk diingati semula. Ujian Allah benar-benar mematangkan saya. Dari situ saya belajar bagaimana mengawal diri menghadapi masalah supaya tak panik dan kelam-kabut.


Dari peristiwa itu juga memantapkan ukhuwwah kami bertiga. Ukhuwwah fillah insyaAllah...


Dan dari peristiwa itu juga menguji keyakinan dan kebergantungan saya pada Allah. Ujian yang diberikan adalah tanda sayang Allah pada hamba-hambaNya~~ Saya yakin itu...^-^


Apa yang saya bertambah percaya sekarang ini, setiap perkara yang kita gantungkan pada Allah, tiada dihujungnya istilah kecewa...Alhamdulillah..alhamdulillah...alhamdulillah....=)

Friday 2 March 2012

siapa berniaga tak nak untung?..







Ada ke manusia dalam dunia ni yang berniaga tapi tak pernah kesah pasal keuntungan? Kalau ada, there's no point lah mereka jalankan perniagaan...Better stay makan gaji rather than berniaga tapi rugi dan rugi..



Tapi saya di sini bukanlah ingin menulis mengenai perniagaan seperti yang selalu anda dengar dan tahu tu. Saya nak menulis dan sekaligus mengoffer kalian untuk menceburkan diri dalan perniagaan yang takkan rugi dan menguntungkan sepanjang zaman. Abadan-abada insyaAllah~



Gila ke apa penulis ni? Mana ada orang berniaga tak pernah rugi?.. Jika persoalan ini sedang bermain-main di kepala otak anda, then jawapannya memang ada...=)



Perniagaan dengan Allah..



Kita jual jiwa, harta benda dan segalanya kepada Allah, maka Allah akan membeli kita dengan syurga.



Kalian tahu apa itu syurga? Suatu tempat yang mengumpulkan segala macam kenikmatan yang tidak pernah dilihat dan dirasai manusia.



[التوبة:111]

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah terjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar



Walaupun kebanyakan manusia tahu dan sedar akan perkara ini. Tetapi berapa ramai yang bijak dalam mengaut keuntungan ini dan berapa ramai yang menyerah sebelum melabur?



Kita terlalu lemah tak bertempat. Seakan hilang jati diri sebagai seorang muslim. Kita terlalu memikirkan risiko yang belum tentu akan terjadi. 



Kita lupa, berjanji dengan Allah, kesetiaan sebagai ganti. 



Apabila kita sudah berjanji untuk taat setia kepada Allah, Dia akan sentiasa disisi kita untuk memberikan pertolongan. Saat itu seakan ketakutan dicabut dari hati dan diganti dengan sakinah yang bukan mudah untuk diperolehi.



Bukan sahaja syurga, akan ada hadiah-hadiah susulan yang Allah bagi sebelum kita betul-betul dapat syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai. 



Jalan ini memang payah. Kerana dihujungnya adalah kemanisan yang tak terbandingkan.



Jalan yang saya maksudkan adalah perjuangan menegakkan Islam. Membelanya dari diinjak, bukan menjadi pemerhati yang asyik mengatakan tidak.



Spesifiknya, inilah jalan dakwah, jalan yang dirintis oleh Rasulullah s.a.w, diikuti sahabat-sahabat, dan salafussaleh.




Apa yang saya perasan, ada sebahagian manusia yang cukup allergik bila dengar perkataan 'dakwah'. Bila mereka baca or dengar perkataan ini, automatically mereka nampak orang pakai kopiah dan tudung labuh. Pandangan mereka, orang seperti ini jumud dan seram untuk didekati.Gosh!



Don't ever judge people based on your perceptian and expectation..unless it's facts!


Untuk mencari seramai mungkin pelabur-pelabur yang bijak, memerlukan ramai yang berjiwa Salahuddin.




Di dalam buku Start-up Nation-the story of Israel's economics miracle, ada disebutkan bahawa Moshe Dayan, panglima perang Israel mengatakan "walau ditimpa kesusahan yang paling berat sekalipun, mereka tidak boleh menangis dan meraung kerana mereka membawa misi yang besar"



Mereka ada kesedaran kerana mereka tahu apa yang mereka mahu. Dan kerana kesedaran misi yang mereka bawa adalah besar, maka kerja mereka haruslah besar.



Bagaimana pula dengan kita?



Masih hanyut dengan buaian cinta palsu manusia, leka dengan teknologi yang tak diguna ke arah yang sepatutnya, sibuk mencari hiburan yang kononnya mententeramkan jiwa.



Hai lah muslim atas nama sahaja, berapa lama lagikah sudi dijajah dalam sangkar penipuan dunia?....






Monday 27 February 2012

1 KISAH 1 GURU






Melihat telatah kanak-kanak di Taska Iman, menguak tabir kenangan sewaktu saya sekecil mereka. Satu-persatu peristiwa tergambar di kepala mebuatkan saya sekejap tersengih, sekejap berkerut hingga sampai menekup muka apabila teringat perkara yang  memalukan diri. 


Menjadi kanak-kanak adalah proses wajib untuk membesar. Melihat telatah mereka menjadikan kita belajar sesuatu yang berharga sebagai penguat cerucuk kehidupan.


Hakikatnya, setiap yang berlaku disekeliling kita adalah guru masa depan..^^



#KISAH 1

Kanak-kanak. Insan kecil yang baru mahu atau mungkin terpaksa mahu mengenal dunia. Mana tahu buruk baik melainkan setelah merasa sendiri kesannya. Biar nanti tahu beza intan dan kaca.


Ezrique, si comel berumur 1 tahun menggawang-gawangkan tangannya untuk mencapai cawan di tangan saya  berisi air choco malt yang masih panas. 


"haip, panaslah sayang.." saya memberi amaran sambil menarik cawan itu jauh darinya.


"aaaa!!!..." jerit Ezrique tanda tidak mengerti kata-kata saya dengan tangannya masih seperti tadi.


"Bagilah dia rasa." ujar kak Syahira, penjaga Taska Iman di situ. Seorang yang sangat lebut dan penuh dengan   sifat keibuan.


"Isy,kan panas ni kak?.." saya mencerlangkan mata.


"Meh sini cawan tu" balas kak Syahira sambil tangannya mengambil cawan tersebut dari tangan saya.


Saya melihat kak Syahira tanpa berkelip. Asap dari cawan tersebut masih kelihatan.


Kak Syahira mengambil tangan kiri Ezrique dan meletakkannya di dinding luar cawan dan terus menariknya semula.


Saya lihat si comel itu terdiam. Tangannya kanannya memegang erat tangan kirinya rapat ke dada. Matanya mengarah tepat ke cawan tersebut.


Kak Syahira cuba melakukan sekali lagi.


Tapi sebelum sempat kak Syahira memegang tangannya, si comel itu terlebih dulu menarik tangannya dan memalingkan mukanya tanda tidak mahu.


''hikhik.." saya ketawa kecil


Kak Syahira hanya tersenyum sambil melihat si kecil Ezrique sedang membelek-belek kereta mainan yang ada di situ.


"aik, cepat betul perhatian dia ke lain" kata saya dengan ketawa yang masih bersisa.


'pelajaran baru buat si comel yang sedang membesar' bisik hati saya.







#KISAH 2


Malam itu saya dan keluarga ke kenduri arwah jiran. Kerana dekat, kami hanya berjalan kaki. Saya lihat ramai remaja lelaki yang datang. Memenuhi ruang jalan sambil berborak sesama mereka. Sesekali terdengar ketawa mereka seakan dunia 'aku yang punya'. Sesak nafas saya dibuatnya terutama apabila terpaksa melepasi mereka. 


Di dalam rumah, saya mengambil tempat disebelah seorang kanak-kanak comel yang berwajah polos. Manis bertudung fesyen Arini. Tangannya erat memegang baju ibunya. Takut terpisah barangkali.


Bacaan yasin dimulai. Berjemaah. Masing-masing memberikan tumpuan kepada bacaan. Saya gunakan waktu ini untuk mengingat semula  surah ya sin yang pernah saya hafal sewaktu di sekolah menengah.


Sambil membaca, pandangan saya berlegar-legar melihat mak cik-mak cik di situ yang khusyuk mengalunkan bacaan surah ya sin sambil menggerakkan badan ke depan dan belakang. Banyak kesalahan tajwid di sana-sini. Hmm..


Mata saya tertumpu pula kepada kanak-kanak comel tadi. Berbaring di atas peha ibunya dengan mata yang kuyu. Kakinya bergerak-gerak hingga terangkat kain baju kurungnya sehingga ke betis. 


Ibunya menarik kain tersebut menutupi keseluruhan kaki.


Saya tersenyum. Ibu yang baik. Mengajar anaknya berpakaian sopan menutup aurat dan bertudung litup sedari kecil.


'Semoga  kau membesar menjadi anak yang solehah sebagaimana yang dicorakkan ibumu'. Doa saya di dalam hati.







#KISAH 3

"Ain, cepat kemas..kejap lagi kan nak balik asrama." saya mengingatkan adik yang masih berbaring di atas katil.


"Kejaplah.." jawabnya acuh tak acuh.


Tak lama kemudian, ummi masuk. Melihatkan keadaan adik saya yang masih tak mengemas apa-apa, ummi mula bersuara. Panjang seakan tak bertemu noktahnya.


Akhirnya adik saya bangun dan mula mengemas dengan muka yang masam mencuka.


"Setiap kali Ain nak balik asrama semula, ummi mesti berleter marah-marah kat Ain macam ni.." luah adik saya setelah ummi saya berlalu pergi.


"Kan memang Ain yang silap. Kalau Ain dengar cakap kakngah tadi, tak lah kena marah kan?" Saya cuba mengingatkan. "Lagipun Ain, kalau dulu masa Ain kecik-kecik ummi boleh tahan telinga dengar Ain nangis tak kira siang malam, pukul 2, 3 pagi, why not Ain tahan sekejap je dengar ummi berleter. Sekurang-kurangnya, leteran ummi tu ada nasihat, bukan kosong.." ujar saya panjang lebar menambah leteran ummi tadi. huhu..


"hehe.. I like your post!" balas adik saya sambil tersengih. 


Saya hanya tersenyum lebar dan berlalu keluar dari bilik.


Friday 17 February 2012

Jalinan cinta teman

Assalamualaikum dan salam satu ummah..

Moga Allah sudi memberikan hidayahNya di sini untuk anda..^^


'Berkawan biar seribu'. Saya sangat 'allergik' dengan perkataan ini. Pada saya, buat apa ramai kawan tapi menyakitkan jiwa? Saya tak pernah ambil port langsung pasal friendship. Sebab saya rasa they all penipu. Berkawan kerana nakkan sesuatu. Yup, I can see through thier eyes and they did it to me!


Saya tak mengerti hakikat penciptaan manusia yang masing-masing mempunyai kebaikan dan keburukan.
Saya sangat berkira, kalau saya tak buat awak macam tu, then awak jangan buat saya macam tu. Bila ada je sahabat yang tersakitkan hati saya, hati ni hancur habis. Why? cause I never did it to you! It not fair! haha! demand betul! Lepas tu start la sesi bermasam muka which is I started it first..hihi..


Well, itu dulu..sebelum otak saya dicuci kaw kaw punya! heh!


Semasa di menengah atas, Allah beri saya peluang berkenalan dan bersahabat dengan manusia-manusia yang akhlaknya hebat-hebat belaka. Serious! saya selalu tanya diri sendiri. 'Am I dreaming?' SubhanAllah...itulah saat saya rasa seolah-olah dunia ini adalah taman-taman syurga. Indah belaka!


Sepanjang kami bersahabat, saya tak sempat rasa susah. Kerana kesusahan itu telah terlebih dulu mereka ganti dengan kesenangan. Saya tak pernah rasa sendiri kerana mereka pasti di sisi setiap kali saya menghadapi jalan-jalan hidup yang sukar. Mereka jugalah yang berusaha keras mencari penyelesaian dan tak senang duduk selagi tak jumpa solusi untuk setiap permasalahan saya.The're just amazing!





Mereka lebih banyak memberi dari menerima dan meminta. Mereka mengajar saya erti kejujuran dan kepecayaan. Pengertian yang saya kira tak pernah wujud dalam dunia ni. Mereka mengajar saya hampir kesemua perkara tentang kehidupan. Sungguh, mereka terlalu baik! Saya tercari-cari punca mereka memiliki akhlak sebegitu. Rupanya kerana mereka sandarkan segalanya pada Allah..Pergantungan mereka kepada Allah sangat mantap! Hanya kerana itu...


Sejak itulah, saya mula mempercayai persahabatan dan memahami erti sahabat dengan sesungguhnya.
Terima kasih Allah atas nikmat yang kau berikan...Alhamdulillah...alhamdulillah...


Kini mereka sedang bertebaran mengembara ilmu di bumi tuhan. Juga dalam pelayaran meyebarkan cinta tuhan ke dalam hati setiap insan yang mendambakan redhaNya...Moga kalian terus thabat dan kuat..


Aku juga bersama kalian, masih mencari erti dan cuba memberi erti pada yang belum mengerti. Jazakumullahu khairan kathiran kuucapkan kepada kalian kerana telah mengajarku erti persahabatan yang sesungguhnya sekaligus memahamkan aku erti hidup bertuhan..






Walau kita berjauhan,
aku takkan khuatir jika tiada lagi pertemuan,
kerana hati kita telah diikat tuhan,
untuk saling menyayangi dan memberi harapan,
demi kebahagiaan yang tiada bandingan,
dalam jannah tuhan..
InsyaAllah..


*kerana kerinduan yang teramat sangat pada kalian, aku coretkan rasa hati dalam jalinan cinta teman ini.
Moga rahmat Allah sentiasa memayungi kalian. Amiin...