Tuesday 6 September 2011

Al-Fatihah buat Allahyarham Noramfaizul



Salam Syawal dan alhamdulillah atas nikmat iman dan Islam..


Kematian dan kelahiran silih berganti. Di sini, ada yang telah pergi menemui ilahi. Di sana, ada ibu yang sedang melahirkan bayi. Begitulah peristiwa yang berlaku saban hari.


Baru -baru ini, kematian Allahyarham Noramfaizul meruntun jiwa ramai rakyat Malaysia. Saya tidak terkecuali. Bukan kerana beliau seorang wartawan yang hebat, tetapi kerana husnul khatimah yang diperoleh beliau.




A TRUE PROFESSIONAL: A photo of  Noramfaizul taken earlier in the morning by a fellow media and blogger, Bani Amin Ahmad Zabidi (Jinggo) a few hours before he was shot. — Bernama photo
sumber : theborneopost.com

Beliau meningal kerana memperjuangkan nasib saudara seagama yang tak terbela hidupnya.Bukankah itu baik? Ramai mengatakan beliau syahid.Wallahua'lam.Yang nyata, kebaikan mengiringi penghujung sisa hidup beliau. 


Saya lalu terfikir, adakah kematian saya nanti di atas jalan kebaikan? Banyak tanggungjawab yang masih tergantung. First and foremost, tanggungjawab sebagai seorang muslim kepada muslim yang lain. Amar ma'ruf nahi munkar(menyuruh kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran).


Dakwah itu adalah wajib bagi setiap yang bergelar muslim, seperti mana yang telah saya pelajari dalam kitab Musbah Al-Munir di universiti. Dan sejauh mana telah saya laksanakan? Meremang bulu roma setiap kali nak muhasabah macam ni. Hakikatnya saya masih di takuk yang lama..Allah..


Umat Islam semakin bertambah di setiap pelosok negara terutamanya di Eropah (sumber : buku Akhirnya Kutemui Cintamu). Ini adalah bukti bahawa tanpa kita, Allah boleh saja menghendaki Islam pada jiwa setiap manusia. Tetapi Allah telah menjadikan sebahagian, ujian kepada sebahagian yang lain. Ya, Allah menjadikan orang-orang kafir itu ujian bagi kita, orang-orang Islam, sebagai bukti kecintaan kita kepadaNya. Bagaimana kesungguhan kita untuk mengajak mereka mengenaliNya dan menjadi hambaNya yang selayak-layaknya dipanggil hamba.


Hakikatnya, kita terlalu lalai di ambang kehancuran dunia!


Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya, sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya.

2 comments:

  1. tersentuh juga dgn pemergian al-marhum..n bru je td lpas menziarahi jiran y sdh pun kembali ke rahmatullah..tiap kali khabar tntg pmrgian hamba Allah,pasti ht brdgup kencang..trpkir bagaimana pengakhirn hdup dri sndri..Allahu a'lam..

    ape pun...tiap pemergian itu sbgai prngatan bgi mrka y blum prgi..muhasabah u dri sndri..

    nice entry:)

    ReplyDelete
  2. sykran Solehah ats prkongsian..Moga kematian kita dlm husnul khatimah juga.Amiin..=)

    ReplyDelete