Monday 17 October 2011

MUSLIM? Mari buktikan..



Jom jadi sebahagian daripada 'sejuta umat'..


Mari membaja saham untuk Islam..
Satu daripada usaha untuk memelihara akidah ummah..


Jom himpun!


Tuesday 4 October 2011

Life is serius??..



Salam kesedaran dan mahabbah lillah..^_^


Alhamdulillah atas ruang dan masa yang telah diberikanNya . Sempat juga nak share something dengan yang visit dan 'ter'visit blog saya. "Terima kasih datang lagi^^.." (kata-kata wajib dari pekerja-pekerja Hari-Hari untuk pelanggan mereka).


sumber : encik google


Berapa ramai yang tahu atau sedar hidup ini adalah serius? Let start the engine of thinking. Dahulu, sebelum Allah s.w.t berkehendak memberikan saya kesedaran dan  sebelum kaki yang sudah berada di tebing neraka mula mengatur langkah untuk menjauh dari bahang apinya, saya selalu bermonolog sendiri. 'Adakah hidup ini sekadar untuk dilalui? Dilahirkan, besar sikit pergi sekolah, lepas tu kerja, berkahwin, then mati. Habis tu, Islam ni function dia apa pula?". Masa tu saya memang tension(sengaja tensionkan diri) fikir untuk dapatkan jawapan. Tapi saya tak pernah dapat. Macam mana nak dapat kalau tak tanya siapa-siapa..heh..


Hati saya selalu resah. Setiap hari saya menangis. Malangnya saya tak tahu kenapa. Mungkin bosan hidup tanpa tujuan atau mungkin hati yang terlalu halus. Hati perempuan kan.. dan yang paling mungkin, dosa yang bertimbun tak ditaubatkan. Allah...


Keadan tersebut berterusan sehingga menengah atas. Bertitik tolak dari satu peristiwa yang sangat memberi kesan dalam hidup saya, saya mula memasang tekad untuk menjadikan kedudukan saya lebih baik disisi Allah. Dia mendengar setiap isi hati hambanya kerana Allah lebih dekat dengan kita dari urat leher. Sungguh!

وَلَقَدْ خَلَقْنَا الإِنسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ
Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,

(Qaf:16)


Alhamdulillah..Allah melorongkan saya ke arah cahaya dengan mengenali seorang hamba Allah yang bertanggungjawab mencorakkan perubahan atas diri saya. Sekaligus menjawab persoalan tujuan hidup yang saya cari selama ini. You know what, life is really SERIUS! Senang cakap, no time for fairytale lah..


Kenapa serius? for me, sebab kita ada Islam untuk diperjuangkan, ada nasib yang perlu dibela, ada maruah yang mesti dipertahankan dan ada kehidupan selepas kematian. No time to play. Kalau difikir secara logik, kritis dan kreatif pun, setiap minit adalah catatan langkah ke arah cahaya atau kegelapan.


Kalau asyik berangan dan layan perasaan tanpa kesedaran dan tindakan susulan, sampai bila-bila hidup tak berperasaan. Oh, miskin sungguh jiwa!


Hidup ini adalah serius. Bukan bererti berwajah kelat sepanjang masa untuk menunjukkan kita serius. Senyuman yang diberikan dengan niat sedekah lillahi taala juga adalah serius. Serius dalam membina ikatan ukhuwwah lillahi taala. 


Wa akhiran, kita perlu berpijak di bumi nyata, seriuslah melalui hidup. Hidup bukan sekadar untuk bersuka ria, tapi ada misi kita diciptakan. Selagi masih ada jiwa yang belum harum dengan wangian Islam, selagi itulah tanggungjawab kita menyebarkannya belum berakhir walau siapa pun kita, kerana utamanya, kita adalah hamba kepada Allah, tuhan sekalian alam...


Ya Allah, thabatkanlah aku dan mereka di jalanmu. Tetapkanlah hati kami dalam keimanan kepadamu..Amiin..