Saturday 19 November 2011

Berfikir untuk apa ye?...



Salam alaikum dan semoga rahmat Allah untuk saya dan kalian..


Hari ini ingin berbicara lagi, dan seperti biasa melalui tinta, moga dalam redhaNya..


Hari Selasa lepas saya menduduki mid term test ulum hadith, tasmi' bertahriri ustaz kata..first time dengar..pelik juga..




Sebelum test, saya ke kelas usul fiqh dulu..




Kelas bermula.Seperti biasa, kami duduk dalam group masing-masing, isu diberi dan solusi dikehendaki.




Seorang groupmate mengeluarkan kertas hadith sambil terkumat-kamit menghafal. Good. Preparation sebelum nak exam.Tapi still wrong sebab tak kena waktu dan tempat. Hmm..




Perbincangan yang tadinya berlegar mengenai isu kini telah melangkau kepada gosip..huh..
Perempuan = gosip? Betul la ea? hmm..




"Eh, perawi-perawi hadith dipanggil sanad, dan lafaz hadith tu matan kan?" Tiba-tiba seorang kawan saya yang dari tadi asyik menghafal bersuara. Mata-mata dalam group membuang pandangan ke arahnya sambil mengangguk-angguk.




"Habis, hadith yang ni macam mana pulak?" Dia menyambung sambil menunjukkan hadith tersebut ke arah saya dan ahli group yang lain.


كن في الدنيا كأتك غريب أو عابر سبيل

وعن ابن عمر - رضي الله عنهما - قال: أخذ رسول الله -صلى الله عليه وعلى آله وسلم- بمنكبي فقال:
كن في الدنيا كأنك غريب أو عابر سبيل
و
كان ابن عمر يقول -رضي الله عنه-: "إذا أمسيت فلا تنتظر الصباح، وإذا أصبحت فلا تنتظر المساء،
وخذ من صحتك لسقمك، ومن حياتك لموتك" أخرجه البخاري.


"Wa kaana ibnu u'mar sampai a'nhu pun kira sanad juga ke? Ada dua kali sanad dalam satu hadith ke?" Tanya sahabat saya lagi.


Masing-masing terkebil-kebil dan senyap.


Terdiam sebab tak tahu.



Tiba-tiba seorang lagi kawan saya mencelah "Rin(bukan nama sebenar) ni kan, memang suka cari masalah yang menyusahkan kepala otak orang!"


Saya tersentak. Saya lihat Rin seperti terkedu.


"Takde la..tiba-tiba aku terfikir pulak."Rin menjawab perlahan.


"Tak apa la..kalau Rin tak tanya, mungkin sampai bila-bila kita tak tahu. Ilmu ni kita kena banyak tanya baru dapat." Saya cuba membela Rin.


Rin hanya tersenyum hambar.Macam bingung pun ada juga. Mungkin masih memikirkan soalannya tadi. Tidak rasionalkah?


Spontan saya teringat perbualan saya dengan  roommate:


Roommete: Orang Melayu ni memang malas berfikir agaknya ek?

Saya : Kenapa cakap macam tu?

Rommate : Sebab kawan nak buat interview untuk thesis dia. Soalannya, apa maksud potensi?

Saya  : ok..then?(tak sabar nak tau point)

Roommate : Ramai yang macam nak tak nak je jawab.

Saya : Macam mana tu?

Roommate : Ada sorang tu jawab, potensi tu potensi lah..

Saya : ...................
Berfikir adalah sumbu untuk bergerak melakukan sesuatu supaya lebih maju.
Then, how can bangsa dan agama kita maju kalau the insiders malas berfikir?

Let start the engine of thinking in other to be a better person ammatan and better muslim khossotan..=)





Sunday 13 November 2011

Surat Cinta Untuk Tuhanku...



Mencintai itu indah,
Apa lagi pada Dia yang sempurna,
Tiada duka yang berani bertandang,
Melainkan bersamanya kebahagiaan yang dirancang..
Hariku bagai ulitan mimpi penuh khayalan,
Yang menjanjikan seribu warna keindahan,
Tiada nikmatMu yang mampu aku dustakan,
Kerana Kau memberi lebih dari yang aku inginkan..


Dan di saat ini,
Aku menangis lagi,
Lagi dan lagi..
Merintih dalam sedu yang meletihkan,
Membayang segala khilaf yang aku coretkan,
dalam helaian-helaian hari yang usang..
Segala cinta yang aku hambarkan,
Segala setia yang aku hancurkan, 
Dan segala kecurangan yang aku lukiskan,
Pada setiap sendirianku,
Juga pada waktu yang memberi ruang dan peluang..


Ku sedar akan maha tahu dan awasMu,
Kerana Engkau lebih dekat dari urat leherku,
Rasa bersalah menekan seluruh sarafku,
Dan maha penyayangmu terus menghukumku,
Errggh...ia lebih menyakitkan!
Dari tubuh yang sengaja dilukakan..


Aku menangis lagi,
Lagi dan lagi..
Setiap tinta dosa manari-nari mengejekku,
Kau sedia mengampuniku,
Walau di penghujung setiaku yang hampir layu..


Ketahuilah tuhan,
Aku hanya ingin hanya dan hanya mencintaimu,
Disetiap helaan nafasku,
Dan disetiap tidur dan jagaku..
Seiring waktu, 
Aku tersungkur lagi,
Untuk kali ke berapa ribu,
Aku sendiri tidak tahu,
Kegelinciranku yang selalu,
Memberi rasa bimbang yang tak menentu,
Dan aku mula menadah tangan,
Untuk kuasa doa itu..


Wahai pemberi cinta,
Jadikanlah aku pencintamu yang setia,
Selamanya...




 Note : Suara cinta dari hati yang dicipta oleh Yang Maha Mencipta..
            Selimutkanlah aku dan mereka selamanya dengan kasih sayang dan rahmatMu..
            Amiin..





Monday 7 November 2011

Tudung oh tudung..


Apa fungsi tudung? Saya percaya, setiap mereka yang ditanya pasti akan menjawab mengikut kefahaman mereka sendiri.

Mata saya melilau melihat tudung setiap pelajar yang menaiki bas kampus. Ada yang pin atas, bawah, tepi, ada yang berselendang yang digayakan ala-ala Yuna, ada yang bertudung bawal lepas ke bawah, silang ketepi, belit ke atas, ada yang sarung terus dan labuh, dan macam-macam lagilah..

Satu yang saya perasan, gadis Malaysia memang kreatif dan pelbagai...=)

Then saya terfikir pula, adakah mereka mengerti mengapa mereka bertudung dan sanggup berpanas ke sana sini? Ini antara jawapan mereka :

"Sebab wajiblah.." 

"Auratla weh!"

"Apa punya soalanlah ko ni!"(ups!)

"Ko plak, nape pakai tudung?"( aik, tanya balik?)

"Mak suruh, pakai la.."

"Tah r..sebab family aku semua pakai tudung kot.."

"Rambut tak cantik lah.."

"Pak we aku kata, muka aku cantik bila pakai tudung.."

hmm..yang dua atas tu kira ok lah..yang bawah-bawah tu, emm..rasanya perlukan rawatan segera agar virus-virus ghazwatul fikr(perang pemikiran) dapat ditepis..

Berapa ramai je yang tahu dan sedar pakai tudung itu adalah wajib dan mesti dilakukan?

Dan berapa ramai pula yang tahu, sedar dan buat?

Dan berapa ramai yang mengikut syariat?

Macam-macam fesyen tudung yang dipakai oleh wanita muslimah di Malaysia ini..

Mengikut takat didih iman mereka(betul ke?)

Hakikatnya, ramai yang memakai tudung tapi sekadar nak cantik atau mungkin kerana ia sudah menjadi satu adat dalam sesebuah keluarga? Lihat sahaja berapa ramai yang memakai tudung tapi tiada sedikit angin pun yang berjaya masuk ke dalam pakaian mereka. Lihat juga berapa ramai anak gadis yang bertudung tepi rela dipimpin tangan dan diusung lelaki ke hulu dan ke hilir. Then, apa point mereka memekai tudung?? Kadang-kadang saya jadi emosi melihat mereka. Malu, sedih, geram, semuanya bercampur menjadi kecewa. 

Tudung dipakai untuk menutup perhiasan(aurat) yang ada pada wanita.


Firman Allah dalam surah An-Noor,31:
Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir.
Masalah yang paling besar bagi mereka yang sudah bertudung pula adalah cara pemakaiannya yang menyerupai jahiliyyah dan bertabarruj. Fesyen sanggul besar menjadi satu trend jahilyyah yang bersepah di sana-sini terutamanya golongan artis. Sehingga ada yang sanggup menempah sanggul palsu.


Hmm..rasanya ramai tahu, tapi seakan hilang rasa takut terhadap ancaman-ancaman yang dikhabarkan oleh Allah dan RasulNya..nau'zubillah.. 

Hakikatnya, jika kita memakai tudunng lillahi ta'ala.. tidak ada unsur jahiliyyah dan tabarruj mengnganggu kita.
Segalanya bermula dengan niat..

Dikesempatan ini, saya ingin mengajak sahabat-sahabat muslimah dimana jua anda berada, tegaslah dalam menjaga aurat, buangkan sanggul palsumu, labuhkan tudungmu melepasi dada, longgarkan pakaianmu, kerana kita adalah fitnah akhir zaman,

Elakkanlah diri dari menjadi saham jatuhnya iman lelaki-lelaki yang nantinya bakal menjadi mujahid penyelamat Islam dan pelindung setia wanita-wanita Islam..

Suara kerisauan dari hati,
untuk kita sama-sama beringat,
bila nanti mati, 
syurga sama-sama dapat..
InshaAllah..^^

Tuesday 1 November 2011

Couple:HALAL atau HARAM??

Salam Islam dan iman..
Teringin berkongsi maklumat yang saya rasa cukup penting memandangkan ia sudah menjadi satu trend dengan menngunakan alasan 'cinta itu fitrah'.

Copy and paste dari :http://ata-timetochange.blogspot.com/2010/10/couplehalal-atau-haram.html


semalam,semasa berbual dengan seorang sahabat aku,Hasif dia bertanyakan aku soal hukum ber"couple" samada dalam islam dibenarkan atau tidak....terus terang aku katakan padanya,aku bukanlah orang yang pandai dalam memberi hujah dan hukum namun sekadar pendapat peribadi yang masih lagi berlandaskan nas aL-Quran,aku merasakan itu sahaja kemampuan aku...

dia juga bertanyakan hukum apabila seseorang perempuan itu keluar bersama-sama dengan lelaki berdua-duaan di tempat yang ramai orang,apakah hukumnya...


buat sahabatku Hasif,aku menjawab ini sebagai menunaikan tanggungjawab aku untuk menyampaikan apa yang benar dan bukannya dengan tulisan ini aku berniat untuk menghukum sesiapa....cukuplah akal kita menjadi penilainya berdasarkan hidayah yang ditunjuki ALLAH kepada kita...

perkara pertama yang perlu kita fahami ialah,CINTA itu fitrah...mana mungkin seseorang itu mampu hidup di dun ia ini tanpa cinta...kerana kita telah diciptakan ALLAH dengan berpasang-pasangan lelaki dan wanita tidak lain tidak bukan ialah kerana CINTA....manusia itu hidupnya tidak pernah lengkap tidak kira dia itu lelaki atau perempuan....maka,ALLAH menjadikan untuk Hawa untuk Adam sebagai pelengkap kepada kekurangan yang ada pada dirinya....

maka perlu kita fahami ialah CINTA itu tidak SALAH dan ianya fitrah sebagai manusia....

namun,INGAT!!!

CINTA itu ada salurannya yang telah ditetapkan oleh Pencipta kita....menggunakan saluran yang salah,maka salah lah cinta kita itu....jika betul jalan nya,maka suburlah CINTA itu dengan RAHMAT dan REDHA dari Pemberi Rasa Cinta dalam hati kita...

biarkanlah CINTA itu mengembara dengan jalan yang betul,maka kita akan lebih dicintai oleh Pencipta kita....

habis,tidak salahkah CINTA sebelum nikah??
bagaimana mahu menjadikan CINTA sebelum  nikah itu HALAL dan dipandang SUCI??

aku berkata semalam kepada sahabatku Hasif,Islam itu cukup lengkap dengan panduan bagaimana mahu mendapatkan taraf HALAL pada cinta kita sebelum nikah....cukup mudah Islam itu namun kita bukan disuruh untuk mempermudahkannya....

bagaimanakah caranya??

Islam telah menetapkan beberapa batasan dan etika dalam pergaulan antara kaum Adam dan kaum Hawa....maka,cuma tunggu kita sahaja untuk belajar dan memahaminya....

1-tundukkanlah pandanganmu wahai sahabatku

peringatan KHAS dari Maha Pencipta kepada kaum Adam dalam surah aN-Nuur,

"katakanlah kepada lelaki yang beriman,hendaklah mereka menahan pandangan dan memelihara    kemaluannya (kehormatan) mereka...maka yang demikian itu lebih suci bagi mereka...."
(Surah aN-Nuur:30)

dan dalam peringatan seterusnya,KHAS buat kaum Hawa,Dia turut berpesan kepada kita,

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka..."
(Surah aN-Nuur:31)

maka,untuk menjadikan CINTA itu halal,jagalah pandanganmu wahai sahabatku....

2-tutuplah auratmu wahai sahabatku

ALLAH berfirman dalam ayat yang sama di atas,

"....dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan...."
(Surah aN-Nuur:31)

hal ini bukan tertakluk pada kaum Hawa sahaja,namun kaum Adam tidak terlepas daripada perintah ini...ingatlah,auratmu itu adalah harta yang tidak ternilai di sisi ALLAH....jika tidak,mana mungkin ALLAH akan menurunkan sebuah surah KHUSUS untuk menceritakan hal berkaitan aurat dalam aL-Quran....

3-adanya pembatas antara Adam dan Hawa wahai sahabatku

kita saling memerlukan,dan kita mesti sedar yang kita tidak boleh hidup berkeseorangan.... ALLAH
menetapkan dalam aL-Quran,

"....dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari isteri-isteri Nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir...."
(Surah aL-Ahzaab:53)

namun,perlu ingat perbatasan ini bukanlah alasan yang mengHARAMkan si Adam bertemu dengan Hawa tanpa syarat....kerana Islam itu cukup mudah buat pengikutnya,ada keringanan yang telah dinyatakan oleh beberapa orang ulama dalam hal-hal tertentu seperti belajar,beurus niaga dan sebagainya.....

bercinta sebelum nikah boleh,tetapi jagalah PERBATASAN nya.....

4-Adam dan Hawa itu tidaklah duduk berdua-duaan wahai sahabatku

dalam sebuah hadith tercatat akan hal ini,

"dari Ibnu Abbas RA berkata:saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:janganlah seorang lelaki itu berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali dengan mahramnya"
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

dan lagi,

"dari Jabir bin Samurah berkata:Rasulullah SAW bersabda:janganlah salah seorang daripada kalian berdua-duaan dengan seorang wanita kerana syaitan akan menjadi ketiganya"
(Riwayat Ahmad dan Tarmidzi)

beratkah??
cuma sekadar bertanya,adakah dengan ber"dating" itu baru dinamakan CINTA??
jika tidak ber"dating",maka tak dinamakan CINTA kah??

kerana konsep CINTA mesti DATING,maka kita akan merasa berat bila mendengar ucapan Rasulullah SAW ini.....

5-untuk kaum Hawa,janganlah kalian melunakkan suara kalian tika berbicara dengan kami

bukan apa,kerana suara mu itu umpama panah berbisa buat kaum Adam....gunakanlah ia untuk mereka yang halal bagi kalian....kerana itu ALLAH berfirman lagi,

"....janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)."
(Surah aL-Ahzaab:32)

untuk apa merengek dan bermanja dengan mereka yang tidak sah buat kalian??
untuk tujuan apa dan jika tidak merengekdan bermanja,tidak berCINTAkah namanya??

etikanya,berkata Imam Ibnu Kathsir dalam Tafsir Ibnu Kathsir,

"ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada isteri-isteri Rasulullah dan wanita-wanita mukminah sekalian,iaitu hendaklah kalau dia hendak berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu,dengan pengertiannya janganlah seseorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya"
(Tafisr Ibnu Kathsir:3/350)

6-usah menyentuh si dia wahai sahabatku

jika kalian betul sayang kepadanya,usahlah heret si dia ke neraka sekali dengan kalian.....jika kalian sanggup mengatakan akan ku renangi lautan api sekalipun,buktikan dengan tidak membiarkan si dia turut berenang dalam lautan api neraka bersama-sama dengan kalian jika benar kalaian menyayanginya dan mencintainya....kasihan pada si dia yang lemah dan suci itu....

bayangkan situasi ini,

"dari Maqil bin Yasar RA beliau berkata seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi maka itu lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginya"
(Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir)

berfikirlah wahai sabahatku,jika kalian sayangkan si dia....

itulah,petua mujarab untuk menjadikan CINTA sebelum NIKAH kita itu HALAL dan SUCI....

habis,apakah hukum berCOUPLE??

tidak aku nafikan banyak orang menyatakan itu HARAM....kerana syarat di atas semuanya memberi batasan kepada mereka yang berCOUPLE....kita sering menganggap bila berCOUPLE mesti begini..

ya,kita merasakan bila berCOUPLE mesti buat begini...

  • orang berCOUPLE mana mungkin akan menundukkan pandangannya kepada kekasihnya
  • orang berCOUPLE tidak akan dapat menjaga batasan mereka
  • orang berCOUPLE biasanya akan berdua-duaan dengan kekasih mereka
  • mereka yang berCOUPLE suka bermanja-manja dan merengek-rengek sesama mereka
  • orang berCOUPLE mesti suka saling bersentuhan,romantik katakan
  • biasa orang berCOUPLE,pasti akan terbayang wajah si dia bila tidak bersama dengan dia

maka,jika kita berCOUPLE seperti di atas,salah lah jalan perCINTAan itu wahai sahabatku....

kerana jalan itu mendekatkan diri kita dengan ZINA...masih ingatkah ayat ini??

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."
(Surah aL-Israa':32)

kerana kebiasaannya,bila berCOUPLE tanpa ada syarat maka senanglah untuk membina jalan ke arah zina....haramnya bila dikatakan berCOUPLE itu adalah jalan menghampiri ZINA....yaa,betul...aku tak nafikan....

namun,aku cuba memperluaskan skop berCINTA itu....skop berCOUPLE kepada sahabat-sahabat....
kerana bagi aku kita cuma melihat COUPLE itu dengan satu perspektif sahaja....seperti pertanyaaan aku diatas,

  • tidak berCINTAkah kita kalau kita menundukkan pandangan kita daripada perkara yang haram atau menundukkan pandangan daripada si dia??
  • tidak dinamakan CINTA kah jika kalian menutup aurat kalian dengan sempurna??
  • tidak dinamakan COUPLE kah jika tidak bertemu dan berbual??
  • tidak berCINTAkah kita jika kita tidak berDATING??
  • tidak rasa CINTA kah jika kita tidak merengek dan bermanja??
  • tidak berCINTAkah jika kita tidak bersentuhan??
  • apakah CINTA itu mesti dizahirkan seperti alasan di atas baru dinamakan COUPLE??
so,jika kita berCINTA dengan menjaga batas pergaulan yang telah ditetapkan oleh Maha pencipta kita,masih salahkah CINTA itu??
aku rasa,itulah COUPLE TERCINTA di abad ini kerana tidak ramai mereka yang sanggup berCINTA seperti itu....

kalian mahu berCINTA??
carilah CINTA...kerana itu fitrah....namun,perlu diingat CINTA itu mesti kerana ALLAH....bukan kerana nafsu dan keinginan....kalian sayang kepadanya kerana ALLAH sebagai jalan untuk kalian mengikat si dia sehingga ke gerbang perkahwinan....

pesanan buat sahabat-sahabat lelakiku,jika kalian sanggup bercinta dengan syarat di atas,maka kejarlah CINTA...carilah CINTA....nikmatilah CINTA kalian.....biarkanlah CINTA itu mengembara dengan penuh keREDHAan-Nya....aku cukup yakin,kalian pasti akan menemui cahaya kebahagiaan di penghujungnya nanti.....

tahu tak kenapa ALLAH menetapkan syarat untuk berCINTA sebegitu rupa??
tidak lain kerana ALLAH amat menyayangi kita...Dia tidak mahu kita tersesat arah dalam nikmat bercinta....Dia tidak mahu kita terjerumus dalam perangkap syaitan laknatullah....Dia tidak mahu kita lupa kepada-Nya jika kita asyik dengan CINTA kita itu....Dia tidak mahu kita mengotori nilai CINTA itu dengan nafsu dan keinginan kita....Dia mahu kita menemui redha-Nya dan rahmat-Nya dalam perCINTAan kita....

ingatlah,tanpa "semua skeptik" itu CINTA kita tetap menjadi CINTA....kita tetap menjadi COUPLE....malah ianya pasti akan menjadi CINTA yang SUCI abadinya....

buat sahabatku,Hasif ini jawapan aku buat pertanyaan semalam....jadikan ini sebagai perbandingan...bukan hukum yang tetap....aku cuma memberi pandangan berdasarkan ilmu aku yang begitu limited....dan penilaian sahabat-sahabat itu lagi penting dan hebat....

jika benar penulisan ini,sebar-sebarkanlah...jika merasakan ada salah dan kurangnya,silalah beri tunjuk ajar kepadaku....

kerna aku seorang sahabatmu,maka aku tuliskan ini....meski diri ini tidak pernah berCINTA atau diCINTAi,aku gagal memberi "feeling" orang berCINTA dalam penulisan ini....



ATA,
aku bukan Dr. Cinta....

p/s : Setiap aksara adalah hak milik sepenuhnya penulis sebenar entry di atas.Semoga bermanfaat.