Tuesday 28 June 2011

Buka hatimu..(^ ^)~

Lamanya tak update blog..hmm..agak busy dengan shooting yang baru sahaja berakhir.Fuh, lega yang amat! Terasa macam pelakon pun ada juga.Hikhik..

Yup! hari ini, 28 Februari 2011,Selasa, telah saya berikan nama sebagai Hari Nikmat.Why?? That's because hari ini, hari yang paling manis dalam hidup saya. Terlampau benyak perkara baik yang Allah tentukan berlaku hari ini. My love towards the almighty creator grow even more! O Allah..kekalkanlah perasaan ini dan suburkanlah..Amiin..




Rasa malu pun ada juga sebab kalau difikir-fikirkan semula, memang tak layak diri yang faqir ni nak dapat nikmat yang sebegitu besar dari Allah. Terlalu banyak kekurangan diri yang masih perlu dibaiki. Dan hati ini dapat merasakan kalau segala kemanisan ini adalah juga merupakan peringatan dari Allah untuk jadi yang lebih baik.Urggh...terseksa jiwa menanggung malu kalau Allah banyak memberi pada kita, tapi kita tak bantu agamaNya. Sebab that was exactly the point we still breath..hmm..

Memang kehidupan ini juga satu bukti kekuasaan, keagungan dan kewujudanNya. Lots of seni yang melingkari    perkataan itu sehingga kadang-kadang sukar untuk difahami.Just go on with our lives and experience all things  selagi mampu. Kehidupan ini terlalu singkat untuk dibazirkan. Dalam perjalanan merasai erti sebuah kehidupan, kita akan pasti lebih mengenal tuhan, Allah, rabb yang maha agung dan kita akan sedar betapa Dia sangat-sangat layak dan paling patut untuk dicintai.


وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ

“Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya” [QS. Qaaf : 16].


Allah is such a great lover.Dia sentiasa ada di disaat orang lain belum tentu sudi berkongsi rasa.Dia adalah pendengar terbaik disaat yang lain menutup telinga untuk mendengar masalah kita.Dan Dia juga penolong terbaik saat yang lain berkira untuk menjauh dari kita. Allah is too perfect...because He is the one who create us..=)

Tuesday 7 June 2011

Berprasangka biar pada tempatnya..=)


Kisah ini memberi seribu pengajaran buat diri saya dalam memahami makna 'berprasangka'. Kisahnya bermula apabila seorang kakak senior mengajak saya untuk memakmurkan majlis ilmu di sebuah masjid berdekatan.Saya sangat teruja kerana berada di dalam majlis ilmu ibarat berada di taman syurga.Di situ saya temui ketenangan dan kepuasan dalam pengisian penceramah yaang sarat dengan ilmu dan hikmah. Saya teringin untuk mengajak sahabat saya pergi bersama, untuk merasai apa yang telah saya rasakan.Dengan penuh perasaan yang berkobar-kobar, saya melangkah laju ke bilik sahabat. Setelah mengetuk pintu dan memberi salam, saya membuka pintu bilik dan melihat sahabat saya sedang asyik menulis sesuatu.Di situ saya mula berprasangka,'hmm..Ziha tengah buat kerjalah, mesti dia busy habis..tak payahlah ajak dia..'.Hati saya berbisik sendiri. Saya segera bersiap untuk ke majlis ilmu tersebut.Kakak senior saya sudah pun menunggu di dalam kereta di hadapan blok kediaman saya.Setelah masuk di dalam kereta, kakak senior saya memandang saya dan bertanya,"seorang sahaja?".Saya mengangkat kening dan berkata,"Ya, saya seorang sahaja.Kenapa kak?  "hmm..buat baik sorang-sorang je?" sinis suara kakak  senior saya.            "Ziha tak dapat pergi, dia busy.." saya menjawab dengan yakin.


        "mana awak tahu dia tak dapat pergi?"

        "kalau orang busy, mesti dia tak nak diganggu kak.."


Kakak senior saya tersenyum dan berkata,"tak baik berprasangka,seeloknya, cuba tanya dia dulu..".Saya mengerutkan dahi." Saya takut dia marah sebab ganggu dia."."Ha, tengok tu,berprasangka lagi.." Kakak senior membuntangkan matanya ke arah saya sambil tersenyum.Saya hanya tersengih menampakkan gigi taring.Menyerah."Cuba call". Kakak senior masih mahu Ziha diberi peluang.Teragak-agak saya menekan punat-punat nombor di telefon bimbit.Sesekali kepala saya menoleh ke arah kakak senior meminta kepastian.Kakak senior saya hanya mengangguk sambil tersenyum..      "Hello..".Kedengaran suara Ziha di corong telefon


     " Assalamualaikum, Ziha, saya ni,Sarah.. err..kalau  saya ajak awak pergi
       satu  tempat, nak tak?"
                             
     "pergi mana?"


     " majlis ilmu, di..."


     belum sempat saya menghabiskan kata-kata, Ziha memotong,"eh, nak!
     nak! nak sangat! dah lama saya tak pergi majlis ilmu ni.Rindulah..'


     "oklah, kalau macam tu, awak bersiap sekarang, saya tunggu depan blok."


     " ok, 10 minute!" Klik.telefon dimatikan.


      Saya memandang kakak senior dan tersenyum,Dia membalas dengan mengangkat ibu jarinya."Jangan banyak berprasangka untuk mengajak orang melakukan kebaikan." Nasihatnya lagi.


      Peristiwa ini mengajar saya untuk sentiasa berfikiran positif pada setiap perkara.Alhamdulillah.. semuanya berjalan dengan lancar dan sayarasa lebih tenang dan damai. 
                         

Sunday 5 June 2011

Bermulanya Kembara

      Assalamualaikum dan salam kembara buat semua yang bergelar muslim dam muslimat.Salam kembaraku adalah kerana jiwa setiap yang bergelar Islam adalah mencari cinta tuhannya dalam kembara yang tiada noktah. Moga blog ini menjadi antara wasilah untuk faqir ini berkongsi dan mencari cinta rabbi yang sebenarnya paling didambakan manusia sama ada sedar atau tidak kerana ia fitrah.
      Meluah rasa dan berkongsi cahaya(deen) adalah tujuan utama mengapa saya 'excited' sign up blog. Kelelahan umat dan pudarnya warna iman dalam hati membuatkan saya 'eager' untuk berkongsi solusi dengan sahabat-sahabat blog yang lain.Coretan yang tidak tersusun mungkin sahaja memberi sedikit kecacatan.Tapi ia bukan kelemahan yang 'permanent' kerana 'improvement' akan saya lakukan.So, sama-samalah kita bahu-membahu..insyaAllah..=)


    Senyuman si cilik di atas adalah untuk semua tetamu blog saya..salam ukhwah dan selamat berkongsi rasa dan cahaya!...=)