Sunday 5 June 2011

Bermulanya Kembara

      Assalamualaikum dan salam kembara buat semua yang bergelar muslim dam muslimat.Salam kembaraku adalah kerana jiwa setiap yang bergelar Islam adalah mencari cinta tuhannya dalam kembara yang tiada noktah. Moga blog ini menjadi antara wasilah untuk faqir ini berkongsi dan mencari cinta rabbi yang sebenarnya paling didambakan manusia sama ada sedar atau tidak kerana ia fitrah.
      Meluah rasa dan berkongsi cahaya(deen) adalah tujuan utama mengapa saya 'excited' sign up blog. Kelelahan umat dan pudarnya warna iman dalam hati membuatkan saya 'eager' untuk berkongsi solusi dengan sahabat-sahabat blog yang lain.Coretan yang tidak tersusun mungkin sahaja memberi sedikit kecacatan.Tapi ia bukan kelemahan yang 'permanent' kerana 'improvement' akan saya lakukan.So, sama-samalah kita bahu-membahu..insyaAllah..=)


    Senyuman si cilik di atas adalah untuk semua tetamu blog saya..salam ukhwah dan selamat berkongsi rasa dan cahaya!...=)

No comments:

Post a Comment