Monday 23 January 2012

Buat baik kat mana-mana je boleh..



Assalamualaikum saya dahulukan,
Kongsi cerita macam biasa la kan,
Pinjam mata juga fikiran,
Senyuman di depan skrin untuk kalian.. (^ ^y)


Gedung Mid Valley penuh sesak dengan pengunjung-pengunjung. Almaklumlah, chinese new year..sale pun meletup-letup..




'Huh, penatnya Ya Allah...' keluh saya sendiri sambil menumbuk -numbuk kaki usai melabuhkan punggung ke kerusi disebelah surau.






Sementara menungu Anis di bilik air, sya pejamkan mata ,menikmati aircond free, dan mencari damai setelah penat melihat ketidakcukupan kain yang dipakai manusia-manusia disitu..Allahu rabbi...






Setelah beberapa minit, mata dibuka sambil menoleh kekanan dan kiri. Segan kalau ada yang melihat.(perasan..heh!)






Semasa menoleh ke kiri, mata saya terpaku melihat seorang pak cik yang sudah tua terbongkok-bongkok memungut selipar-selipar dan kasut-kasut yang berterabur di hadapan surau. 






Disusun sepasang demi sepasang hingga dilihat kemas menyenangkan mata dan hati.







moga auntie cina yang turut menyaksikan peristiwa ini mendapat hidayah..=)




Senyap-senyap saya snap picture pak cik yang berjiwa besar ni..jangan marah ye pak cik..hihi..




SubhanAllah.. perlakuan pak cik ini mengingatkan saya bahawa Allah bagi kita peluang buat baik dan tambah pahala banyak kali. Kat mana-mana je. Tinggal kita je nak buka mata merebut peluang tu..



A148

Dan tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan) sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.



Sama-sama renung dan amalkan, insyaAllah..
Salam mujahadah..(^^y)



Wednesday 18 January 2012

Moralnya?


Assalamualaikum dari saya untuk anda semua~ ^^
Ingin berkongsi cerita, 
Sudi, bacalah..
Tak sudi, baca jugak!
heheh..gurau saja..



Mata saya meliar melihat sekeliling rumah,
 

Sambil mulut terkumat-kamit menghafal subjek untuk final exam.


Tengah, kiri, kanan, kiri .Bola mata saya terhenti.


Hadis-hadis Peringatan Buat Umur Insan'. Tajuk buku di atas meja sebelah kiri saya menarik perhatian.




Mulut saya berhenti menghafal.


Laju tangan saya mencapai buku tersebut.


'Akmal punya ni' bisik saya sendiri.


Sehelai demi sehelai saya belek. 


'Menarik..'getus hati saya.


Saya berhenti menyelak di laman 61.


SURI TELADAN: ANTARAH Melawan Dengan Kesabaran dan Kekuatan. 


Usai membaca tajuk, saya angkat kening. Tanda ingin mengetahui lebih lanjut barangkali..


Seorang lelaki berkata kepada Antarah: "Apa rahsia keberanianmu, sehingga engkau dapat mengalahkan ramai orang?" Antarah menjawab: "Letakkanlah jarimu ke mulutku, dan jariku di mulutmu."


Maka lelaki itu meletakkan jarinya dimulut Antarah dan Antarah pun meletakkan jarinya dimulut lelaki itu. Masing-masing saling menggigit jari temannya.


Selepas digigit lelaki itu menjerit kesakitan dan tidak bersabar. Antarah terus mengeluarkan jarinya dan berkata: "Dengan inilah aku mengalahkan orang yang berani." Ertinya dengan kesabaran dan kekuatan.


Mata saya terkebil-kebil.(Masih membayangkan jalan cerita)


Tak semena-mena saya meletakkan jari di mulut dan menggigitnya sekuat hati.


2 saat selepas itu..


AAAAAAAAArrrggghhhh!!!!!


Hihi..5 saat pun tak sampai..


Pengajaran ; sila tingkatkan kesabaran anda wahai diri..


Sekian.



Sunday 8 January 2012

Gerhana Bulan Penuh


Bismillah..

Dan…akhirnya! Tercoret juga sesuatu dalam laman yang telah lama terbiar sepi..

Salam a’laikum buat semua mata-mata kurniaan Ar-Razzaq..^^

Al-yaum, teringin bercerita pengalaman manis diberi peluang melihat salah satu keindahan ciptaan Allah..

Gerhana bulan..

10/12/2011, Saya dan beberapa orang lagi pelajar ikut serta dalam  program yang dianjurkan Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, iaitu ‘melihat anak bulan di Teluk Kemang!’

Penyertaan dihadkan 40 orang sahaja. Saya adalah orang yang terakhir bagi nama. Sikit lagi nak terkeluar kolum.

Alhamdulillah..syukur Ya Allah..Seronok tak terkata masa tu, rasa nak melompat pun ada..

Kami naik bas dan bertolak lepas zohor, sebab nak tengok anak bulan sebelah malam..

Ada lah dalam satu jam lebih nak sampai ke Teluk Kemang tu..

Bila sampai dekat pintu pagar, kami diberitahu bas tak boleh masuk, terpaksalah exercise nak ke dalam..




On the way ke destinasi..=)






Ni lah laut yangmengelilingi tempat kami melihat gerhana bulan..cantik kan?=)






Yang bestnya, sampai-sampai je,  makanan dah disediakan..

Disebabkan dah masuk waktu asar, hold on jap..

Apa-apa pun, solat yang utama..hehe..

Makanan memang superb sebab ‘hotel cooking’, same goes to the layanan, tapi merimaskan..

Ok, back to the main story, lepas makan dengar ceramah tentang falak.

Agak nak ternganga juga bila penceramah tu terangkan proses kejadian gerhana bulan..

SubhanAllah…subhanAllah..subhanAllah..seriously amazzziiingg!

Haha! (ketawakan diri sendiri)

Ye la, baru perasan yang selama ni benda amazzziiingg depan mata pun tak perasan..

Ourselves..

Tak ke amazzziiingg bila tengok kulit, and kejadian-kejadian Allah yang lain pada diri..subhanAllah..

Lepas ceramah, solat maghrib pula diikuti solat sunat gerhana, tazkirah dan solat isyak.

Sedari maghrib, orang ramai telah mula membanjiri  kawasan untuk melihat bulan.

Peralatan-peralatan canggih untuk melihat kebesaran Allah dari dekat  sudah siap dipasang.




Antara peralatan yang digunakan untuk 'meneropong' proses gerhana bulan secara dekat.






Lebih kurang pukul 8.50pm bahagian kecil bulan sudah mulai gelap.






Sebenarnya, bahagian yang gelap tu sebelah bawah, bukan atas. Gambar tu rakam sebaliknya kesan refleksi teropong(tak tau la apa nama dia) yang digunakan. Orang yang handle ‘teropong’ tu cakap la..






Lebih kurang pukul 9.35pm







Hampir keseluruhan bulan mulai gelap.






Pukul 10.06pm,gerhana bulan penuh.









Ha, nampak bulan tak?

Tak?

Memanglah, sebab masa ni lah gerhana bulan penuh..=)

Keadaan masa tu sangat gelap.

Saya difahamkan, ia berlaku selama 55 minit.

Ingat nak tunggu,tapi..

Ketua dah arahkan saya dan peserta-peserta lain balik sebab bas dah sampai dan takut sampai U lewat.

Sebelum tu,

Ada satu kekecohan yang berlaku.

Saya nampak ramai berpusu-susu ke satu tempat.

Rasa ingin tahu  turut menggerakkan kaki saya ke tempat tersebut.Rupanya…








Telur berdiri seimbang.Hanya berlaku semasa gerhana bulan penuh.









Tak percaya? Cuba la try buat sekarang.hukhuk..

Klik! Klik! Dengan serta-merta telur tu jadi artis.

Dah bermacam-macam gaya orang ambil gambar. Ada yang tertonggeng-tonggeng. Nak angle superb katanya..haha!

“Hoi, kau ingat free ke? Bayar la..Penat aku dirikan telur ni tau!” celah seorang pak cik yang katanya bertanggungjawab menjadikan telur itu berdiri. Apa-apa je la pak cik..

Dalam bas, cecah je punggung kat kerusi, mata ni automatically layu.

Tutup sikit, then terus gelap.

“Aina, bangun! Dah sampai..”

Saya terkejut.

‘Eh, macam baru tidur je tadi’ gumam saya sendiri.

Kepenatan masih terasa di setiap sendi.

‘Ya Allah, terima kasih kerana membenarkan hambamu ini melihat sendiri antara keajaiban kekuasaanmu.’ Tiadalah erti diriku ini melainkan keranaMu jua..’

Monolog kehambaan itu menemani sepanjang perjalanan saya ke rumah.

Dan kenangan itu tetap segar dan akan terus segar  sebagai peringatan akan kewujudanNya di setiap ruang yang tercipta..

Alhamdulillah…

Sekian dari saya.