Sunday 8 January 2012

Gerhana Bulan Penuh


Bismillah..

Dan…akhirnya! Tercoret juga sesuatu dalam laman yang telah lama terbiar sepi..

Salam a’laikum buat semua mata-mata kurniaan Ar-Razzaq..^^

Al-yaum, teringin bercerita pengalaman manis diberi peluang melihat salah satu keindahan ciptaan Allah..

Gerhana bulan..

10/12/2011, Saya dan beberapa orang lagi pelajar ikut serta dalam  program yang dianjurkan Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, iaitu ‘melihat anak bulan di Teluk Kemang!’

Penyertaan dihadkan 40 orang sahaja. Saya adalah orang yang terakhir bagi nama. Sikit lagi nak terkeluar kolum.

Alhamdulillah..syukur Ya Allah..Seronok tak terkata masa tu, rasa nak melompat pun ada..

Kami naik bas dan bertolak lepas zohor, sebab nak tengok anak bulan sebelah malam..

Ada lah dalam satu jam lebih nak sampai ke Teluk Kemang tu..

Bila sampai dekat pintu pagar, kami diberitahu bas tak boleh masuk, terpaksalah exercise nak ke dalam..




On the way ke destinasi..=)






Ni lah laut yangmengelilingi tempat kami melihat gerhana bulan..cantik kan?=)






Yang bestnya, sampai-sampai je,  makanan dah disediakan..

Disebabkan dah masuk waktu asar, hold on jap..

Apa-apa pun, solat yang utama..hehe..

Makanan memang superb sebab ‘hotel cooking’, same goes to the layanan, tapi merimaskan..

Ok, back to the main story, lepas makan dengar ceramah tentang falak.

Agak nak ternganga juga bila penceramah tu terangkan proses kejadian gerhana bulan..

SubhanAllah…subhanAllah..subhanAllah..seriously amazzziiingg!

Haha! (ketawakan diri sendiri)

Ye la, baru perasan yang selama ni benda amazzziiingg depan mata pun tak perasan..

Ourselves..

Tak ke amazzziiingg bila tengok kulit, and kejadian-kejadian Allah yang lain pada diri..subhanAllah..

Lepas ceramah, solat maghrib pula diikuti solat sunat gerhana, tazkirah dan solat isyak.

Sedari maghrib, orang ramai telah mula membanjiri  kawasan untuk melihat bulan.

Peralatan-peralatan canggih untuk melihat kebesaran Allah dari dekat  sudah siap dipasang.




Antara peralatan yang digunakan untuk 'meneropong' proses gerhana bulan secara dekat.






Lebih kurang pukul 8.50pm bahagian kecil bulan sudah mulai gelap.






Sebenarnya, bahagian yang gelap tu sebelah bawah, bukan atas. Gambar tu rakam sebaliknya kesan refleksi teropong(tak tau la apa nama dia) yang digunakan. Orang yang handle ‘teropong’ tu cakap la..






Lebih kurang pukul 9.35pm







Hampir keseluruhan bulan mulai gelap.






Pukul 10.06pm,gerhana bulan penuh.









Ha, nampak bulan tak?

Tak?

Memanglah, sebab masa ni lah gerhana bulan penuh..=)

Keadaan masa tu sangat gelap.

Saya difahamkan, ia berlaku selama 55 minit.

Ingat nak tunggu,tapi..

Ketua dah arahkan saya dan peserta-peserta lain balik sebab bas dah sampai dan takut sampai U lewat.

Sebelum tu,

Ada satu kekecohan yang berlaku.

Saya nampak ramai berpusu-susu ke satu tempat.

Rasa ingin tahu  turut menggerakkan kaki saya ke tempat tersebut.Rupanya…








Telur berdiri seimbang.Hanya berlaku semasa gerhana bulan penuh.









Tak percaya? Cuba la try buat sekarang.hukhuk..

Klik! Klik! Dengan serta-merta telur tu jadi artis.

Dah bermacam-macam gaya orang ambil gambar. Ada yang tertonggeng-tonggeng. Nak angle superb katanya..haha!

“Hoi, kau ingat free ke? Bayar la..Penat aku dirikan telur ni tau!” celah seorang pak cik yang katanya bertanggungjawab menjadikan telur itu berdiri. Apa-apa je la pak cik..

Dalam bas, cecah je punggung kat kerusi, mata ni automatically layu.

Tutup sikit, then terus gelap.

“Aina, bangun! Dah sampai..”

Saya terkejut.

‘Eh, macam baru tidur je tadi’ gumam saya sendiri.

Kepenatan masih terasa di setiap sendi.

‘Ya Allah, terima kasih kerana membenarkan hambamu ini melihat sendiri antara keajaiban kekuasaanmu.’ Tiadalah erti diriku ini melainkan keranaMu jua..’

Monolog kehambaan itu menemani sepanjang perjalanan saya ke rumah.

Dan kenangan itu tetap segar dan akan terus segar  sebagai peringatan akan kewujudanNya di setiap ruang yang tercipta..

Alhamdulillah…

Sekian dari saya.





1 comment: