Friday 9 December 2011

1+1 =2


srrrott..srrot...haccumm! Hidung yang sedia tak mancung ditenyeh-tenyeh. Tisu di tangan tak ubah seperti roti kirai. Matanya memerah. 



"Allahuakbar..ha..ha.. haccumm!". Winda bersin lagi. Entah untuk kali yang ke berapa.



"Winda, kesiannya kau..err..sorry sangat..mesti ko terjangkit aku kan?.." lirih Tasnim. Wajahnya benar-benar menunjukkan kekesalannya.



"Haisy! awat cakap macam tu? Allah nak aku sakit lepas kau, ada lah hikmahnya tu.." ujar Winda dengan suaranya yang sengau akibat cecair yang tak berhenti mengalir dari hidungnya.





"ye la..sebelum ni kau ok jek..lepas aku baik demam hari tu, kau pulak start demam..Sepatutnya aku tak duduk dekat-dekat dengan kau.." Tasnim membalas sambil menyelimutkan Winda yang jelas kesejukan.



"Sakit ni Allah yang bagi Tasnim..dan Dia tak pernah menzalimi hambanya.." winda bersuara perlahan sambil mengukir senyuman manis buat Tasnim, pemudah cara ketika sukar, pendorong ketika lemah, peneman menuju ilah.



"Kita perlu jelas. sakit bukan kerana kita terjangkit, tapi kerana Allah yang berkehendak begitu. Ha..ha..haccumm!!" 



"Hadoi kau ni..sakit-sakit pun boleh lagi bagi ceramah kat aku.."


"Bukan ceramah la..peringatan..haccum! hehe.."


Tasnim menggeleng-gelengkan kepalanya. Pelik dengan sahabatnya yang tak pernah melihat sesuatu sebagai masalah.


"Kita hidup sebagaimana kita melihat hidup.." Winda bersuara sambil mengenyitkan matanya kepada Tasnim.


Tasnim mengangkat kening. Sambil akalnya cuba memahami... dan hatinya cuba menyelami.. 
Untuk kesekian kali..




sumber : encik google