Monday 23 January 2012

Buat baik kat mana-mana je boleh..



Assalamualaikum saya dahulukan,
Kongsi cerita macam biasa la kan,
Pinjam mata juga fikiran,
Senyuman di depan skrin untuk kalian.. (^ ^y)


Gedung Mid Valley penuh sesak dengan pengunjung-pengunjung. Almaklumlah, chinese new year..sale pun meletup-letup..




'Huh, penatnya Ya Allah...' keluh saya sendiri sambil menumbuk -numbuk kaki usai melabuhkan punggung ke kerusi disebelah surau.






Sementara menungu Anis di bilik air, sya pejamkan mata ,menikmati aircond free, dan mencari damai setelah penat melihat ketidakcukupan kain yang dipakai manusia-manusia disitu..Allahu rabbi...






Setelah beberapa minit, mata dibuka sambil menoleh kekanan dan kiri. Segan kalau ada yang melihat.(perasan..heh!)






Semasa menoleh ke kiri, mata saya terpaku melihat seorang pak cik yang sudah tua terbongkok-bongkok memungut selipar-selipar dan kasut-kasut yang berterabur di hadapan surau. 






Disusun sepasang demi sepasang hingga dilihat kemas menyenangkan mata dan hati.







moga auntie cina yang turut menyaksikan peristiwa ini mendapat hidayah..=)




Senyap-senyap saya snap picture pak cik yang berjiwa besar ni..jangan marah ye pak cik..hihi..




SubhanAllah.. perlakuan pak cik ini mengingatkan saya bahawa Allah bagi kita peluang buat baik dan tambah pahala banyak kali. Kat mana-mana je. Tinggal kita je nak buka mata merebut peluang tu..



A148

Dan tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan) sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.



Sama-sama renung dan amalkan, insyaAllah..
Salam mujahadah..(^^y)



No comments:

Post a Comment