Thursday 28 July 2011

Aku = Saudah zam'ah

Assalamualaikum dan salam senyuman buat semua yang menyinggah dan tersinggah di blog saya ini..moga hari-hari kalian padat dengan rahmat-Nya,amiin...(^ ^)~


Saya sangat - sangat cemburu dan mengagumi 12 orang ummul mukminin .Mereka adalah manusia terpilih untuk menjadi pendamping Rasulullah s.a.w dan antara penyokong kuat agama Islam selain daripada para sahabiyah.Mereka mempunyai akhlak seindah kilauan permata, akal yang cerdas serta jiwa yang tegar dalam memperjuangkan Islam.Saya bener-benar cemburu!


Antara Ummul Mukminin yang paling saya kagumi adalah Saudah bte Zam'ah. Beliau merupakan sosok tubuh yang banyak menanggung derita bukan sahaja untuk keluarga, bahkan untuk agama. Saya amat terkesan dengan penderitaan yang dialaminya semenjak beliau memeluk Islam dan bertambah dengan kematian suaminya. Beliau merupakan antara orang yang terawal memeluk Islam dan telah menyertai hijrah pertama ke Madinah. Saat paling bahagia baginya adalah apabila Rasulullah meminang Saudah untuk menjadi isteri baginda.


Saudah adalah seorang wanita yang tinggi besar, berbadan gemuk, tidak cantik, juga tidak kaya.Tetapi akalnya sangat cerdas. Beliau juga seorang yang kelakar dan pandai menghiburkan hati nabi .Beliau juga sangat disayangi oleh saidatina Aishah. Pandangan pribadi saya, beliau adalah isteri  yang paling ideal untuk dicontohi..=)


Aisyah berkata: Aku tidak pernah melihat seorang wanita yang paling aku ingin sekali menjadi dia daripada Saudah binti Zam’ah, ketika dia tua dia berikan gilirannya dari Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam kepada Aisyah. ( Shahih Muslim 2/1085).

sirami hati dengan akhlak yang shohih..

Kisah beliau benar-benar memberi kekuatan kepada saya untuk cekal dijalan-Nya dan mendorong saya untuk berusaha memiliki akhlak seindah Saudah Zam'ah. Semoga allah meredhainya dan merahmatinya..amiin..sama-sama kita usaha..InshaAllah..=)

No comments:

Post a Comment