Friday 15 July 2011

Berat lagikah ujian setelah diuji?..

Salam mahabbah buat semua...(^^)


Melihat orang lain diuji adakalanya membuat air liur yang ditelan terasa payah melalui kerongkong. Apa lagi bila melihat mereka yang kalah dalam ujian tersebut. Uwaa...kadang- kadang saya rasa macam nak nangis sebab takut.Takut saya juga akan jadi begitu dan terus tersungkur. Mujurlah ada ayat Al-Quran yang mampu menguatkan hati."لا يكلف الله نفسا إلا وسعها".. Ya, Allah takkan menguji seorang hamba melainkan dia mampu. Jika difikirkan semula, inilah juga cara Allah untuk menanam juga menguji tahap kepercayaan kita kepadaNya. Kalau kita percaya pada Allah, ujian yang diberi akan terasa seperti nikmat.Why? Kerana kita tahu Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita..


Tapi jika sebaliknya? Ujian itu terasa duri yang menusuk dan kita akan mula mempersoalkan tuhan atas apa yang menimpa. Huh...inilah yang paling saya takuti.Bukankah ia akan menjadi titik mula kepada hilangnya keyakinan kita kepada Allah? Dan apa akan jadi kalau kita bersangka buruk pada Allah?





“Sesungguhnya apa-apa yang akan Aku lakukan terhadap hambaKu adalah mengikut sangkaan hambaKu terhadap-Ku, dan Aku bersamanya apabila dia mengingatiKu. Jika dia mengingatiKu di dalam hatinya maka Aku mengingati dia di dalam hati-Ku, dan jika dia mengingati-Ku dalam perhimpunan maka Aku ingati dia dalam perhimpunan yang lebih baik (yakni jemaah para malaikat). Apabila hamba-Ku mendekati-Ku sejengkal, maka Aku dekati dia sehasta. Apabila dia mendekati Aku sehasta, maka Aku dekati dia sedepa. Dan apabila dia datang mendekati Aku dengan berjalan, maka Aku dekati dia dengan berlari” (Hadith Riwayat Imam Ahmad, Bukhari, Muslim dan lain-lain)

Jadi, mulakanlah dan teruskanlah yakin dan percaya kepada Allah kerana Dia adalah yang paling dipercayai..fighting!!^^~


Without Allah, we mean nothing..

No comments:

Post a Comment