Thursday 7 July 2011

Mengata dan berkata..Beza ke??

A :"psst! meh la, aku nak cite sikit pasal si C..
B : Ish,tak baiklah mengata orang..
A : Mana ada mengata..Aku nak berkata je..Berkata perkara yang benar..


Biasanya, dialog A macam inilah yang acap kali diucapkan oleh orang yang 'minat' mengumpat. Mereka tak rasa bercerita tentang keaiban orang lain adalah dosa bahkan diumpamakan Allah seolah-olah  memakan daging saudaranya  yang telah mati. Firman Allah dalam surah Al-Hujurat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلا تَجَسَّسُوا وَلا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” 

Dan tahukah kalian apakah sebenarnya mengumpat itu? Rasulullah telah pun memberitahu kita :


 Nabi Muhammad SAW bejumpa dengan para sahabat dan bertanya, “ Kamu tahu apa itu mengumpat? ” Mereka menjawab “ Allah dan Rasul-Nya lebih tahu ” Nabi bersabda lagi, “ Kamu menyebut apa yang saudara kamu benci” Mereka berkata lagi, “ Apa kata kalau yang kusebut itu sememangnya ada pada saudaraku? “ Nabi bersabda lagi, “ Jika yang kamu sebut itu ada pada dia, maka itulah mengumpat. Jika yang disebut itu tiada padanya, maka itulah pembohongan 
besar. ” (Hr Muslim )


Tonton movie di bawah dan ambillah pengajaran..


So, sama-samalah kita buang tabiat mengumpat( jika ada). Jika tiada, let us find ways untuk prevent diri kita dari terjebak..Jom cuci hati! (^^)~

No comments:

Post a Comment