Sunday 3 July 2011

KPOP?? MPOP??

Salam mujahadah buat semua yang bergelar hamba..

'pentingkan perkara yang lebih penting kerana tiada perkara yang penting melainkan yang terpenting...bla...bla..bla..' Ayat ni dah selalu saya dengar sebab setiap kali main permainan radio rosak kat sekolah dulu, perkataan ni wajib ada untuk mengelirukan pemain.Hmm...nme pun main kan? So, nobody take note dengan kelebihan disebalik kata-kata ni. Why not kita renungkan sama-sama..

Kata-kata ni mengajak kita untuk sentiasa pentingkan perkara yang prioriti, sebab banyak sangat perkara penting dalam hidup kita dan takkan lah dalam satu masa kita boleh settlekan semua.Betul tak? So, kita mestilah cari yang aula dulu, then followed by others. Macam juga masalah yang hangat diperkatakan sekarang terutamanya remaja. KPOP(Korean POP)...yup! Sekarang ini heboh pasal orang Malaysia nak tiru macam KPOP dan jadilah ia MPOP(MalaysianPOP)..Saya di sini bukanlah nak memperkatakan tentang isu yang mendapat perhatian hampir semua remaja Malaysia yang mengikuti perkembangan industri hiburan Korea (sekarang dah jadi fever kat Malaysia) ataupun negara kita sendiri, tapi  saya tertanya sendiri, pentingkah ia sehingga membawa kepada pergaduhan dan tak mustahil ia akan menyebabkan perpecahan.

Kita masih ada perkara yang lebih prioritas untuk difikirkan terutamanya isu saudara kita di Palestin. Mungkin ramai yang kata : "Alah..buat apa nak kisah sangat..isu tu dah lama, dari dulu sampai sekarang tak habis-habis.. biar je lah.." atau mungkin, "yang penting negara kita aman..".Bagaimana mungkin kita akan berkata begitu sedangkan di akhirat nanti kita tidak akan aman dengan soalan-soalan daripada Allah tentang tanggungjawab kita pada mereka sebagai saudara kita?


Hadith 35-Muslim sesama muslim adalah bersaudara

عن أبي هريرة قال: قال رسول الله لا تحاسدوا ولا تناجشوا ولاتباغضوا، ولا يبع بعضكم على بيع بعض، وكونوا عباد الله إخوانا،المسلم أخو المسلم، لا يظلمه ولا يخذله، ولا يكذبه، ولا يحقره،التقوى ههنا، ويشير إلى صدره ثلاث مرات بحسب امرئ منالشر أن يحقر أخاه المسلم، المسلم على المسلم حرام دمه،وماله، وعرضه -رواه مسلم.

Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim. Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Janganlah kamu saling dengki mendengki, tipu menipu, benci membenci, belakang membelakangi antara satu sama lain. Janganlah sebahagian kamu menjual barangan atas jualan orang lain. Hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim; dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan menghinanya. Ketaqwaan itu di sini - sambil Baginda menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali - Cukuplah seseorang itu mendapat keburukan apabila dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap orang muslim ke atas muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya. 

Kita tak perlu mengangkat senjata dan pergi ke negara mereka untuk berperang, buatlah apa yang termampu seperti mendoakan mereka disetiap usai solat fardhu, memboikot barangan Israel dan yang bersekutu dengannya, mengikuti perkembangan mereka dan banyak lagi.Jangan mencari alasan untuk tidak berbuat. When there is a will, there will surely ways. 

Masalah keruntuhan akhlak juga adalah merupakan masalah yang penting and we need to find ways to overcome. Takkan kita nak biarkan statistik anak luar nikah yang berdaftar*(kini mencapai 81,000 orang) meningkat? Belum lagi masuk yang tidak berdaftar.Allah...Lelahnya umat akhir zaman. Kita semua bertanggungjawab untuk hal-hal superserius seperti ini. Kenapa? Kerana yang banyak melakukan perkara terkutuk ini adalah saudara seIslam kita dan kerana kita telah diberi kesedaran oleh Allah tentang itu.Berpijaklah dibumi nyata!

*Angka yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) 

No comments:

Post a Comment