Friday 26 August 2011

BENCI IKUT SUKA??

Siapa kata Islam tak benarkan kita membenci?? Kalau tak, takkan Allah anugerahkan kita perasaan benci. Ada betul? 


Tapi  janganlah benci secara meng'itik' buta. Benci sebab kawan tak tunggu nak pergi kelas sama-sama, benci sebab best friend lupa hari lahir, benci sebab pensyarah marah kita..atoyai..kalau gitu tak terkiralah berapa titik hitam dalam hati, tu belum campur dosa lain lagi..parah~


Kalau nak benci biarlah pada situasi dan perkara yang memang patut dibenci. Benci sebab kawan tak tutup aurat(bukan benci orangnya), benci nak buat maksiat, benci kekejaman Israel di Palestin(ha ni memang patutla kan..)




Sebab benci pada perkara-perkara remehlah kita tak nampak ada super perkara yang patut kita bagi attention lebih..aduh, penyakit..penyakit..


Benci dan cinta mestilah disandarkan kerana Allah..barulah namanya 'di tempat yang betul'.


Tapi jangan sekadar benci, perlu disertai dengan tindakan. Tindakan? ya! Tindakan untuk membantu mereka kembali semula. Islam kan besaudara..Takkan kau sorang je nak dapat masuk syurga..


p/s : peringatan untuk diri sendiri dan sesiapa yang nak beringat..

No comments:

Post a Comment