Monday 15 August 2011

Api dunia dan akhirat

Salam untuk semua~=)


Hari ini dah pun mencecah 15 Ramadhan. Separuh Ramadhan akan kita tempuhi dan separuh lagi telah berlalu meninggalkan kita. Bagaimana? sudahkah pembaca mengecapi nikmat Ramadhan? Tahniah bagi yang sudah, dan bagi yang masih tercari- cari, teruskan usaha anda mencari manisan yang tidak akan anda peroleh di bulan-bulan lain. Mungkin link ini boleh membantu...^_^



Tujuan utama saya sebenarnya nak bercerita sambil berkongsi...cerita lagi...hehe...nak buat macam mana, saya memang suka bercerita..^_*


Petang semalam, saya dengan parents bakar pokok-pokok pisang kitorang yang dah layu..(lepas tebang) kat belakang rumah. Api marak dengan cepat sebab abah cucuh api pada getah basikal yang dah lama tak guna sebelum diselitkan ke dalam timbunan sampah.


Saya berlari-lari anak menjauhkan diri daripada bahang api yang mula menyentuh kulit. Tiba-tiba kaki saya berhenti melangkah. Jantung saya berdegup sedikit pantas. Saya tenung api itu lama-lama. 'Inikah sepihan api di neraka yang pernah Rasulullah ceritakan? Inikah juga api yang telah disejukkan 70 kali dalam 70 air sungai di syurga ?' gulp! Saya telan liur.


Kalau macam tu, api neraka pastilah berkali-kali ganda panas! Spontan segala dosa yang pernah saya lakukan tidak kiralah besar ke kecil, terbayang bagai menari-nari dihadapan mata saya. Allah...Astaghfirullah..






Sesungguhnya Allah itu al-Ghafir(maha pengampun)...tapi harus diingat bahawa Allah juga a'zaabun aliim(maha pedih siksaaNya)..


..اللهم أجرنا من النار
Ya Allah, jauhkanlah kami dari api neraka

No comments:

Post a Comment