Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh waridhwaanuh...^^
Alhamdulillah, ada gak masa nak update walaupun curi-curi..hehe..
First of all, nak tanya satu soalan pada kalian. Pernah salah jalan tak?
Kenapa saya tanya camtu? sebab saya baru je rasa pengalaman tu..^^ Dan bukan salah jalan di atas jalan raya, tapi di dalam hutan! scary woo~
Seriously satu pengalaman yang memang tak leh lupa sepanjang hidup.
Nak dijadikan cerita, saya jadi fasi untuk satu program di D'agroloka, Jelebu. Bertolak dari kediaman saya di Nilai around four, naik KTM then ada kawan ambil dekat Seremban. Sejak dari rumah, tak tau kenapa hati ni dup dap je...Malas nak fikir buruk, saya abaikan je.
Start bertolak ke Jelebu dalam pukul 6 dan makan masa hampir dua jam nak ke sana.
Singgah solat maghrib di surau perkampungan apa tah(lupa) dekat Jelebu. Belakangnya kubur, sempatlah muhasabah tentang kematian jap. Seronok. Sebab kawasan kampung dan rasa sejuk je..
Lepas solat, kami sambung perjalanan. Tak berapa lama lepas tu, kami nampak signboard bertulis D'AGROLOKA dan anak panah ke kiri. Kami pun dengan yakinnya masuklah jalan tersebut.
Sepanjang jalan, sebelah kanan kami hutan dan disebelah kiri taman perumahan. Hinggalah sampai di penghujung jalan, ada dua tiang seakan pintu gerbang yang mana kat dalamnya gelap yang amat.
Kami berhenti. Kak Adah yang memandu kereta yang kami naiki diterjah keraguan. Kami pun begitu.
"Isy, peliknya jalan dia. Betul ke ni kak?" tanya saya dengan muka cuak yang di control.
"Betul la ni. Nama pun kem. Mestilah jalan dia pun adventure cam ni" jawab Kak Adah dengan penuh yakin
.
Mariam di belakang senyap sahaja. Tergamam barangkali. Heh!
Kak Adah menukar gear, bersedia untuk naik.
Minyak ditekan. Semasa melalui jalan tersebut, kereta yang kami naiki seperti ditengah laut. Terolang-oleng ke kiri dan kanan diikuti bunyi di bawah kereta yang sngat kuat.
"Ya Allah! teruknya jalan.." keluh saya. Mana taknya, kalau ikut hemat saya, jalan tu hanya boleh dilalui kereta-kereta seperti Hylux dan pacuan empat roda sahaja. Bayangkan kami pakai kereta waja!
Kami masih meneruskan perjalanan walaupun gelap dengan ihsan lampu kereta kak Adah.
Sampai di suatu persimpangan jalan, kak Adah menelefon seorang lagi fasilitator untuk bertanyakan arah. Kami diberitahu untuk belok kiri.
Dengan perasaan yang masih ragu-ragu dan agak kebingungan, kami pun meneruskan perjalanan.
Tiba-tiba, kami nampak cahaya dalam bangunan seakan asrama. Kami ingat dah nak sampai, rupanya, jalan tu tak menuju ke asrama tu pun dan asrama tersebut dikelilingi pagar. That mean we all di luar pagar dan tak sampai lagi. Allahurabbi..
Dipendekkan cerita, kami sampai di atas bukit and found out that there are no more jalan! Sah! Kami sesat.
Kami terpaksa undur kebelakang dan apa yang paling mencemaskan, kereta kami stuck.Tak boleh gerak. Sudah....
Saya dan Mariam beri semangat pada Kak Adah untuk try lagi press minyak tu sekuat hati. Alhamdulillah, setelah beberapa kali percubaan, kereta waja kami bergerak.
Kak Adah undur lagi ke belakang.
Tiba-tiba...dumm!!
Satu bunyi yang kuat datang dari arah kiri memeranjatkan kami.
Innalillah...rupanya side mirror kiri kereta patah terkena batang pokok getah.
Kami beristighfar.
"Aina, awak dengan Mariam keluar boleh, tengokkan jalan ni?" tanya Kak Adah
"Keluar?" ujar saya dengan nada suara yang jelas kebimbangan.
"Mariam, macam mana? Nak keluar?"tanya saya berdebar-debar.
"Keluarlah kot" jawab Mariam.
Saya kuatkan hati. Saya cuba tenangkan diri. Saya kata dalam hati, 'Aina, nothing to be scared of la..Kan pokok ni Allah punya, kegelapan malam, binatang dan segala yang ada di bumi ni Dia punya. Bergantung harap saja pada dia supaya dia lindungi kau dan sahabat-sahabatmu'. Kata-kata tersebut memberi kekuatan kepada saya.
Akhirnya kami berdua keluar ditemani lampu dari handset Mariam. Saya tahu, Mariam dan Kak Adah juga sedang menyerah pada tuhan.
"Ok, ok..kiri sikit..kanan..kanan..ooppp!! ok, kebelakang ckit!" suara saya dan Mariam membelah sunyi malam.
Alhamdulillah, kami berjaya turun dari bukit. Kak Adah memutar stereng dan kami akan melalui lagi jalan yang sama untuk patah balik.
Sekali lagi bunyi yang kuat dari bawah kereta mengganggu perjalanan dek struktur jalan yang sangat menguji minda dan jiwa.
"Ni pintu gerbang tadikan!?" kata saya separuh menjerit. Rasa lega sangat masa tu.
"Alhamdulillah ya Allah..."Kami sama-sama mengucapkan syukur.
Kenangan yang paling indah dalam hidup saya. Satu pengalaman yang cukup manis untuk diingati semula. Ujian Allah benar-benar mematangkan saya. Dari situ saya belajar bagaimana mengawal diri menghadapi masalah supaya tak panik dan kelam-kabut.
Dari peristiwa itu juga memantapkan ukhuwwah kami bertiga. Ukhuwwah fillah insyaAllah...
Dan dari peristiwa itu juga menguji keyakinan dan kebergantungan saya pada Allah. Ujian yang diberikan adalah tanda sayang Allah pada hamba-hambaNya~~ Saya yakin itu...^-^
Apa yang saya bertambah percaya sekarang ini, setiap perkara yang kita gantungkan pada Allah, tiada dihujungnya istilah kecewa...Alhamdulillah..alhamdulillah...alhamdulillah....=)