Sunday 8 July 2012

Egois Seorang Daie.




Menyusuri laluan tarbiyah, menambah gula dalam senyuman, mengetat saraf-saraf yang longgar, menambah wangi harum mawar, memberi rasa pada yang hambar, mengertikan hidup pada maksudnya yang sebenar. Sungguh, tarbiyah mampu mencantikkan warna yang sedia terlukis di kanvas pudar.

Kesyukuran dipanjatkan kepada Muni’m yang maha agung atas nikmat-Nya yang tak terlakarkan. Alhamdulillah…

Sejurus nikmat yang diberi, selaut kata syukur yang katanya dari hati, anehnya menenggelamkan dirinya pada dasar statik seolah memungkiri kalamnya sendiri.

‘Aku seorang daie’. Begitu katanya. Tapi tak pernah mahu mengoreksi diri. Melihat kekurangan disana- sini, lalu memintal kesimpulan atas alasan suka memerhati. Akhirnya keburukan insan lain nampak terang di mata, kepunyaan sendiri tersembunyi jauh disebalik awan.

Benar, itu hanya amrun picisan yang bukan keutamaan dalam dakwah mengejar redha tuhan. Tapi ia masih satu kepentingan kerana akhlak merupakan tunjang kekuatan.

‘Aku seorang daie’. Begitu laungannya. Penuh semangat derap langkahnya. Memasang tekad mengumpul jiwa-jiwa muda. Sentiasa maju dengan sinar matanya.

Tapi sayang, kesabarannya tak semaju langkahannya. Marahnya umpama api yang menyambar. Prasangkanya membiak tanpa had. Hingga akhirnya ukhuwwah terlerai dari ikatan. Padahal ukhuwwah itulah yang menjamin kekuatan dalam setiap langkahan dakwahnya.

Setiap muslim yang mengucap syahadah adalah seorang daie. Maka kita berkewajipan untuk menjaga akhlak biar dilihat seindah pelangi.

Allahummaghfirlana~~

No comments:

Post a Comment