Tuesday 23 August 2011

Haram is haram ok...



Arrggh~~ susah nak terima. Pekebenda ni? meroyan apa? mesti anda semua sedang buat muka pelikkan? K, di sini, saya nak share satu 'ceritaku' dengan anda. Sudi-sudikan la yerk..

Saya tak minat nak layan drama petang-petang ni..bukan apa, waktu tak sesuai..org yang nak solat maghrib pun leh hold on jap..adush~! parah..Oh, ni cerita lain.. Cerita sebenarnya..Family suka tonton drama petang yang terbaru ni..not bad..banyak pengajaran.(kadang-kadang tengok gak..ngeh~).

Ada satu part yang tiba-tiba buat saya tertarik nak join family..scene seorang lelaki ni nak salam dengan heroin.Heroin tolak dengan cara baik(sebab diorang bukan muhrim la..).Wah..excited habis saya..tak sangka ada juga cerita yang mendukung syariat..

Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Tup tup..dalam episod yang lain, heroin ni ada salam seorang laki yang kononnya adik tiri dia yang dah bertahun tak jumpa. "Rilekla..kan adik tiri tu.."(tarik nafas jap). Oh, adik tiri...masalahnya, luar penggambaran pun adik tiri jugak ke?"Ala..salam je kot..". Sedara, perkara yang haram is always haram.Titik.

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sekiranya kepala salah seorang daripada kamu ditusuk dengan jarum besi, itu adalah lebih baik bagi kamu daripada kamu menyentuh wanita yang tidak halal bagi kamu.
(Hadis riwayat At-Thabrani. Dinilai sahih oleh al-Mundziri, al-Haitsami).

Teringat kata-kata ustaz semasa saya masih di menengah atas, "jangan loyar buruk dengan Allah, nanti di akhirat Allah akan loyar buruk dengan kamu."

p/s: Kagum dengan hamba Allah yang mampu berkata "Aku tak takut dengan sesiapa dan apa pun..Aku hanya takut Allah.." dan betul-betul memaknainya. Ya Allah, pinjamkan aku kekuatan itu...

2 comments:

  1. perbandingan dan kefahaman benda2 mcm nie perlu kan dik :)

    ReplyDelete
  2. ya kak, mmg prlu untuk memaknai Islam dlm diri..salam ukhwah dr saya..^_^

    ReplyDelete