Sunday 21 August 2011

Kpop, Mpop dan peranan daie



Salam Ramadhan 'kecederaan' untuk muslimin dan muslimat yang disayangi lillahi ta'ala, inshaAllah~^^



Saya rasa terpanggil untuk berkongsi pendapat mengenai perkembangan atau mungkin lebih tepat lagi 'virus' Korean pop(kpop) di negara kita. Sebelum ni, saya ada juga menyentuh isu ini tapi tidaklah sampai ke 'dalam'. Sekadar di tubir sahaja. 

Walaupun dah jadi semacam wabak hingga muncul pula Malaysian pop(Mpop), saya kira, masih ramai lagi yang tidak menyedari akan isu ini. Ok, bagi yang masih tak tahu, saya akan ceritakan sikit apa benda Mpop or Kpop ni..

Kpop adalah singkatan muzik popular pop Korea atau merupakan satu genre muzik yang terdiri daripada elektronik, hip hop, pop, rock, R & B dan muzik-muzik yang berasal dari Korea Selatan. Selain muzik, K-pop telah berkembang menjadi satu cabang kebudayaan yang popular dikalangan remaja dan orang dewasa muda di seluruh dunia, menyebabkan minat yang meluas dalam fesyen dan gaya penyanyi kumpulan Korea. (sumber - wikipedia)

Mpop(Malaysian pop) pula ialah sekumpulan rakyat Malaysia yang nak tiru hampir 100% fesyen dan gaya penyanyi dari Korea Selatan dengan cara menubuhkan kumpulan-kumpulan nyanyian sendiri. (sumber- saya sendiri). Kalau salah tolong betulkan yer..

Tujuan saya membincangkan perkara ni bukan nak cakap isu artis tanah air tak ada identiti yang sibuk dibincangkan di blog-blog dan mulut-mulut penggemar kpop. Tapi isu perang pemikiran (ghazwul fikr). Selalunya, kita akan kata 'budaya barat merosakkan akhlak'...Tapi kali ini, rasanya kita perlu tukar kepada' budaya korea merosakkan akhlak' pula kot..

Apa taknya, fesyen dan gaya penyanyi-penyanyi dari korea ini saling tak tumpah dengan artis- artis barat. Memakai skirt mini yang menampakkan peha, baju sarung nangka yang menampakkan belahan dada, malah ada kumpulan penyanyi korea yang membawa mesej freemason @ iluminati!

Rasulullah melarang keras umat Islam meniru orang kafir.

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Umar, Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda :
sesiapa yang meniru(menyerupai) seperti mereka(orang-orang bukan Islam) sehingga ia mati, maka ia telah termasuk dalam golongan(mereka sehingga ke akhirat).


Pada pendapat saya, setiap orang terutamanya mereka yang bergelar daie perlu lebih cakna akan masalah ini dalam meluruskan akidah saudara sesama Islam. Ini adalah tanggungjawab. Jangan dibiarkan parah hingga menjadi kudis kepada imej agama Islam.



Tidak salah memahami dan mempelajari bahasa dan budaya mereka, tetapi silap jika kita meniru gaya dan fesyen mereka apatah lagi mereka bukan seakidah dengan kita. Drama-drama mereka pun, saya rasa better tak payah tonton kerana ada beberapa perkara yang bahkan tak sesuai dengan ciri ketimuran kita.


Tayyib, last but not least, selamat menggandakan ibadah di bulan Ramadhan ini kerana Ramadhan akan datang belum pasti sempat sign attendance..Salam Ramadhan~ ^^

2 comments:

  1. best entry ni..
    budaya korea2 ni memg da mula menular dlm klngan kte..
    tp jgn la smpat mngikut cara pemakaian dyorg..

    ReplyDelete
  2. mekasih cik mimie sbb sdi share opinion..^^
    korean style,language,culture dan mcm2 lglah, dah jd semacam ketagihan kat Malaysia ni terutamanya drama. Sebab ramai yg bleh marathon tonton citer korea dr pg smpi mlm...sgt melekakn...really bad...=(

    ReplyDelete